Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Lombong Lebih 100 Tahun Permata Klian Intan

By 8 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

PENGKALAN HULU, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi memberi pendedahan dan gambaran sebenar sejarah perlombongan bijih timah di Malaysia, Kelab Malaysiaku Daerah Sik mengambil langkah membawa ahli-ahli kelab tersebut ke lombong bijih timah Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd (RHT), Klian Intan, di sini Selasa lalu bagi menyelusuri sejarah perlombongan bijih timah di Malaysia.

Lebih mengujakan, lombong seluas 700 hektar ini telah beroperasi semenjak tahun 1907 lagi sehingga kini. Apatah lagi, aktiviti perlombongan bijih timah pernah menjadi sumber kekayaan negara satu ketika dahulu.

Tajul sedang memberi penerangan kepada para peserta mengenai pengoperasian syarikat.

Tajul sedang memberi penerangan kepada para peserta mengenai pengoperasian syarikat.

Menurut Pengurus Bahagian Sumber Manusia, Tajul Ahmad Idris Nor Yusof, RHT telah hampir 112 tahun beroperasi dan ia merupakan sebuah syarikat perlombongan yang menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah batuan keras terbesar dan tertua di Malaysia.

Palong berfungsi bagi mengasingkan antara bijih timah dan juga pasir.

Palong berfungsi bagi mengasingkan antara bijih timah dan juga pasir.

“Apa yang menjadikan perlombongan RHT ini berbeza daripada lombong bijih timah yang lain adalah ia menggunakan pam hidraulik untuk menyedut bijih timah masuk ke dalam palong. Ini juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan biji timah yang diperolehi di sini bermutu tinggi.

“Lombong bijih timah RHT ini juga sering dijadikan sebagai tempat penyelidikan dan pembelajaran berkaitan dengan hasil-hasil galian,” ujar Tajul ketika ditemui.

Menurut salah seorang peserta program, Noorzizalawati Dahari, bersyukur kerana diberi peluang untuk turut sama di dalam program ini dan merasakan ia satu pengalaman yang menarik dan sangat berharga.

“Program ini memberi pendedahan sebenar kepada pelajar tentang proses mendapatkan bijih timah daripada permulaan hingga ke akhirnya. Pelajar turut didedahkan dengan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan di RHT,” kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik ini lagi.

RHT juga berpotensi untuk dijadikan sebuah tarikan pelancong di negeri Perak khususnya daerah Hulu Perak tetapi lebih kepada tujuan pendidikan dan juga kajian sejarah.

-SH

Tinggalkan komen anda