Skip to main content
HomeSabah

Pengurusan Jenazah, Perlunya Pendedahan Melalui Kursus

By 1 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 25 peserta kalangan pengendali jenazah  daripada Ahli Jawatankuasa masjid dan surau serta wakil daripada syarikat pengurusan jenazah sekitar Kota Kinabalu menghadiri kursus pengurusan jenazah yang diadakan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) baru-baru ini.

Menurut penyelaras kursus, Aji Bungsu, objektif kursus yang dianjurkan antara lain memberi pendedahan dan latihan kepada para peserta tentang langkah wajib dan perlu semasa menguruskan jenazah termasuklah jenazah yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit.

“Kursus yang dianjurkan amat penting kerana pengendali jenazah adalah individu paling awal terdedah kepada risiko jangkitan virus terutama dalam mengendalikan jenazah yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit.

Aji ketika menyampaikan taklimat dan mengadakan sesi soal jawab  berhubung  kaedah keselamatan mengendali jenazah berisiko tinggi.

Aji ketika menyampaikan taklimat dan mengadakan sesi soal jawab berhubung kaedah keselamatan mengendali jenazah berisiko tinggi.

“Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan maklumat berhubung lebih 31 penyakit yang notifikasi sebagai penyakit berjangkit di samping penerangan terperinci berkaitan Akta dan Undang-undang Kesihatan Awam berkaitan urusan pengurusan dan pengendalian jenazah.

“Hospital melalui Jabatan Forensik dengan kerjasama Unit Kesihatan Awam HQE akan terus menganjurkan kursus berkaitan pengendalian jenazah dan ketertibannya sebagai langkah awal mengelak sebarang risiko kepada pengendali jenazah ketika mengendalikan jenazah yang dikenalpasti meninggal dunia akibat penyakit berjangkit,” ujar Aji yang juga merupakan Penolong Pegawai Jabatan Forensik.

Tambahnya, jenazah yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit bukan sahaja perlu dikendalikan dengan penuh cermat malah bahan-bahan serta peralatan yang digunapakai dalam proses pembersihan jenazah juga perlu dilupuskan dengan penuh teliti mengikut cara yang paling selamat.

Peserta kursus merakamkan foto bersama di luar bangunan Jabatan Forensik, Unit Forensik Patologi HQE.

Peserta kursus merakamkan foto bersama di luar bangunan Jabatan Forensik, Unit Forensik Patologi HQE.

Pada kursus ini, para peserta turut diberi latihan secara teori dan praktikal mengendali jenazah berisiko disertakan kaedah penggunaan peralatan perlindungan yang lengkap bagi tujuan keselamatan.

Hadir sama selaku penceramah sepanjang kursus berlangsung Pegawai Unit Kesihatan Awam hospital, Arshad Abdul Majid serta Safree Sablilee.

EM

Tinggalkan komen anda