Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Peningkatan Prestasi Cemerlang SPM 2018 Pahang

By 15 Mac 2019Jun 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Pai Syahira Yahya (Pahang) 

KUANTAN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Pahang mencatat prestasi cemerlang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 berdasarkan 3 aspek iaitu Gred Purata Negeri (GPN), Layak Mendapat Sijil (LMS)  dan bilangan calon cemerlang.

Peningkatan sebanyak 0.04 bagi Gred Purata Negeri meningkat pada tahun 2017 iaitu 4.77 kepada 4.73 pada tahun 2018.

Pengarah Pendidikan Pahang, Dr. Tajuddin Mohd Yunus berkata, “Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik.”

Dr. Tajuddin Mat Yunus menunjukkan Laporan Keputusan Penuh SPM 2018 bagi calon Negeri Pahang pada sidang media di Jabatan Pendidikan Pahang.

Dr. Tajuddin Mohd Yunus menunjukkan Laporan Keputusan Penuh SPM 2018 bagi calon Negeri Pahang pada sidang media di Jabatan Pendidikan Pahang.

Manakala seramai 15686 bersamaan 88.34% calon Layak Mendapat Sijil (LMS) SPM 2018 berbanding 87.37% pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 0.97% dan melibatkan sebanyak 44 buah sekolah yang mencapai LMS sepenuhnya bersamaan 23%.

Sementara itu, peratusan calon mendapat A dalam semua mata pelajaran bersamaan 1.34% iaitu seramai 238 orang di mana 3 calon cemerlang memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran dan 235 lagi mendapat gred A+, A, A-.

“SPM 2018 di Pahang mencatat rekod apabila sebanyak 10 buah sekolah yang mencapai peningkatan Gred Purata Sekolah tertinggi antara 2017 dan 2018 iaitu kurang daripada 2.80,”

Sementara itu, 8 Calon Berkeperluan Khas (CBK) mendapat keputusan cemerlang daripada 67 calon CBK daripada pelbagai kategori yang meperoleh sekurang-kurangnya 5A.

‘’Saya penuh yakin bahawa peningkatan kecemerlangan ini disumbangkan oleh gabungn usaha gigih dan kerjasama berterusan daripada ibu bapa, guru-guru, pimpinan sekolah dan PIBG,” ujar Dr. Tajuddin semasa sidang media Pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2018 di Jabatan Pendidikan Pahang, semalam.

Sejumlah 18,140 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2018 di Pahang dengan pendaftaran 62 subjek keseluruhan. Daripada jumlah itu, seramai 17756 calon telah hadir di 191 pusat peperiksaan yang disediakan di Pahang.

Seramai 1749 orang petugas memberi komitmen di Pahang bagi kelancaran proses SPM 2018 yang bermula 13 November hingga 3 Disember tahun lalu.

-KN

Tinggalkan komen anda