Skip to main content
HomeTerengganu

Program CPR Tingkat Kesedaran Kakitangan Kerajaan Terengganu

By 7 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Secara umumnya, kesedaran dan kesediaan masyarakat kita untuk melakukan Mass Cardiopulmonary Resustation (Mass CPR) adalah masih di tahap yang rendah berbanding negara-negara maju.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin dalam ucapannya berkata, “Masyarakat kita masih bergantung sepenuhnya dan berharap kepada anggota kesihatan untuk melakukan bantuan CPR kepada mangsa yang mengalami Cardio Respiratory Arrest atau di mana fungsi jantung dan pernafasan terhenti secara tiba-tiba.

Orang ramai yang hadir mempelajari teknik MASS CPR

Orang ramai yang hadir mempelajari teknik MASS CPR

“Berdasarkan statistik di Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, sebanyak 10,857 panggilan kecemasan ambulan diterima pada tahun 2016 manakala sebanyak 11,990 pada tahun 2017 dan meningkat sebanyak 13,625 pada tahun 2018 di mana peningkatan sebanyak lebih kurang 10 peratus setahun,” tambahnya.

Program sehari ini dijangka sangat memberi manfaat kepada pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan juga orang ramai dalam mengambil pengalaman dan mempelajari teknik CPR yang betul dan berkualiti agar dapat membantu mangsa di saat kecemasan.

EM

Tinggalkan komen anda