Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

17 Warga HKL Perdengarkan Bacaan

By 7 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Herman Hj Hamid/Nasiron Hasim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Tilawah al-Quran dan Penerapan Nilai-Nilai Murni anjuran Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi peluang kepada warga HKL menonjolkan kebolehan masing-masing dalam memperdengarkan bacaan ayat ayat suci al-Quran dengan seramai 17 orang peserta qari dan qariah terlibat.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hasnol Zam Zam Ahmad, aktiviti ini berupaya meningkatkan keyakinan diri di samping suatu pengiktirafan kepada peserta.

“Program seperti ini juga dapat melahirkan warga kerja yang hidupnya sentiasa berpaksikan kepada agama sebagai tunjang kehidupan seiring tema Program Tilawah al- Quran hari ini iaitu ‘Al-Quran Pemacu Kesihatan Ummah,” ujarnya di Auditorium Utama HKL, di sini hari ini.

Hasnol juga menyeru kepada semua warga kerja HKL untuk sama-sama mengamalkan dan membudayakan nilai nilai murni agar hubungan baik sesama manusia khususnya dalam berurusan dengan masyarakat, sesuai dengan moto korporat KKM iaitu “Kami Sedia Berkhidmat”.

Antara yang hadir termasuk doktor, jururawat dan pengurusan HKL.

Antara yang hadir termasuk doktor, jururawat dan pengurusan HKL.

Menurut Pengarah HKL, Dr. Heric Corray, tema program tilawah kali ini dilihat amat bertepatan dengan penekanan kepimpinan negara khususnya berkaitan tahap kesihatan rakyat.

“Bagi memastikan kelestarian perkhidmatan kesihatan, warga HKL hendaklah sentiasa menjaga kesihatan dan mempamerkan gaya hidup sihat kerana tiada gunanya sebagai penyedia perkhidmatan tetapi diri sendiri gagal dalam mengamalkan budaya hidup sihat,” katanya.

Johan Qari Dr. Khairulhana Abdul Karim dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, berkata setiap hospital di Malaysia sekurang- kurangnya menyediakan satu slot bagi meraikan al-Quran.

“Ini kerana ramai yang beranggapan bahawa al-Quran tidak ada kena mengena dengan perkhidmatan di HKL namun setiap isi kandungannya meliputi pelbagai sudut kehidupan termasuk kesihatan,” katanya yang cukup berbangga dengan penyertaannya kali ini.

Manakala Johan Kategori Qariah, Wan Mazrah Wan Mansor dari Cawangan Keselamatan, menyarankan agar program seperti ini seharusnya dibudayakan di setiap jabatan kerajaan di Malaysia agar penerapan nilai-nilai murni dapat ditonjolkan di setiap Jabatan dan agensi kerajaan.

-SH

Tinggalkan komen anda