Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Tiga Kilang IKS Terbakar

By 10 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Tiga deretan kilang Industri Kecil Sederhana (IKS) yang berusia lebih 10 tahun di Jalan Perusahaan Sri Gombak, di sini musnah terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Norizham Mohd Nudin berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan jam 6.12 pagi.

Menurut beliau, seramai 22 orang anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Rawang, Wangsa Maju dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Keadaan salah sebuah kilang IKS di Jalan Perusahaan Sri Gombak yang terbakar pagi tadi.

Keadaan salah sebuah kilang IKS di Jalan Perusahaan Sri Gombak yang terbakar pagi tadi.

“Setibanya di lokasi pihak kami mendapati berlaku kebakaran di kilang kitar semula minyak pelincir yang terbakar 80 peratus, kilang percetakan terbakar 60 peratus dan kilang cop batik terbakar 30 peratus.

“Api dipercayai bermula dari kilang kitar semula minyak pelincir sebelum ia merebak ke kilang percetakan dan cop batik yang terletak bersebelahan dengannya.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya menggunakan satu aliran hos 60.96 meter, satu penyambung aliran (breeching) dan dua nozel air pam dari jentera dan pili bomba,” jelasnya.

Tambah beliau, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

-NAZ

Tinggalkan komen anda