Skip to main content
HomeKelantan

Sistem Fertigasi Jana Pendapatan Tambahan

By 10 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

MACHANG, 10 Mac ( Malaysiaaktif) – Bermula dengan minat serta ingin menerokai bidang pertanian yang kian berkembang, membuka ruang baru kepada seorang usahawan tani, Kheng Eng Giap, 54, bagi menambah pendapatan tambahan sebagai Pekebun Kecil.

Beliau mula berjinak dalam bidang pertanian kontan untuk jangka masa singkat ini secara sepenuh masa sejak 3 tahun lalu. Bermula dengan modal RM 3000 sejak harga getah merundum jatuh di pasaran dunia.

Menurutnya lagi, usaha ini telah mendapat perhatian dari pihak RISDA setelah beliau memohon bantuan tambahan, di bawah bimbingan RISDA (aktiviti tambah pendapatan Pekebun Kecil) beliau kini berjaya.

Antara bantuan yang disediakan oleh pihak RISDA seperti benih, enjin air, tangki air dan baja. RISDA menunjukkan kaedah dan cara penanaman kontan ( jangka masa singkat) melalui Sistem Fertigasi yang lebih efisen dan pastinya menambah hasil jadi lebih lumayan.

Menurut isteri beliau, Choo A Niu, 46, pada masa kini, antara tanaman kontan Sistem Fertigasi yang diusahakan bersama suami seluas 2 ekar merangkumi timun susu, cili serta terung. Kini beliau dan suami dapat menarik nafas lega, apabila pendapatan mereka telah mencecah hampir RM 10, 000 pada setiap musim tuaian.

Kheng Giap menunjukkan cara penyaluran air bersama sistem pembajaan, disalurkan ke setiap lokasi tanaman setiap 2 jam.

Kheng Giap menunjukkan cara penyaluran air bersama sistem pembajaan, disalurkan ke setiap lokasi tanaman setiap 2 jam.

Hasil tuaian pula mendapat permintaan tinggi pemborong dari luar Kelantan seperti Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan pemborong tempatan sekitar Kota Bharu sendiri.

Hasil tanaman ini telah mendapat kontrak jualan daripada pemborong luar Kelantan secara berkala sejak 2 tahun yang lalu.

Kesungguhan, kegigihan serta kejayaan Kheng Eng Giap dan isteri dijadikan perintis oleh pihak RISDA Machang sebagai anak angkat RISDA untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan tani yang lain.

Dalam pada itu, Kheng Eng Giap bercita- cita untuk membuka tapak baru seluas 3 ekar lagi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Secara tidak langsung ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda yang menganggur di kampung, ujarnya.

– NAZ

Tinggalkan komen anda