Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Tulisan Jawi Kembali Disemarakkan

By 25 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)

SIK, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Tulisan jawi pernah menjadi perantara penting dalam urusan pentadbiran, adat istiadat mahupun dalam urusan seharian masyarakat.

Namun begitu, dek arus kemodenan ia semakin dilupakan bahkan ada dalam kalangan generasi muda yang tidak berkebolehan membaca atau menulis jawi dengan baik walhal ia pernah mencapai zaman kegemilangan satu ketika dahulu.

Lantaran itu, usaha memartabatkan kembali tulisan jawi menerusi Pertandingan Khat Jawi anjuran Perpustakaan Desa (PD) Kampung (Kg.) Jelutong wajar diberikan pujian.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara khat tulisan jawi tercantik.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara khat tulisan jawi tercantik.

Menurut Pengawas Perpustakaan PD Kg. Jelutong Rohani Md Isa, tercetusnya idea bagi melaksanakan aktiviti ini adalah bagi memartabatkan kembali tulisan jawi dan menyemarakkan semula tulisan berkenaan khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Tulisan jawi merupakan satu skrip penulisan yang indah, mudah dan perlu dikuasai semula oleh semua lapisan masyarakat.

“Ia juga merupakan aset kepada umat Islam yang perlu dipelihara dan dipulihara,” katanya ketika ditemui semasa program Perpustakaan@Komuniti di Kg Jelutong, di sini petang semalam.

Ujarnya Rohani lagi, perkataan ‘salam’ pada muka depan The Press New Zealand yang tular ekoran peristiwa yang mengorbankan puluhan nyawa di Christchurch juga menjadi inspirasi baginya untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

“Walapun ia dijalankan secara kecil-kecilan namun saya berharap agar usaha kecil ini akan meninggalkan impak positif serta lebih banyak pihak akan terus memartabatkan tulisan jawi agar tidak terus ditelan arus kemodenan dan dilupakan,” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda