Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Lebih 570 Wakil Media Sedia Buat Liputan LIMA’19

By 25 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

LANGKAWI, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 menyaksikan 574 wakil media tempatan dan luar negara hadir untuk membuat liputan sempena pameran bertaraf antarabangsa ini yang memasuki kali ke-15 penganjurannya.

Pegawai Media Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan Malaysia, Left. Komander Iliyas, berkata lebih 570 media dalam dan luar negara mendatar untuk LIMA kali ini.

Menurutnya, keistimewaan LIMA kali ke-15 ini melibatkan 32 buah negara dengan 12 negara pavilion mengambil bahagian dengan Turki sebagai pempamer terbesar dengan 969.5 kaki persegi, diikuti United Kingdom, China dan Perancis.

“Sebanyak 104 kapal dan aset maritim akan dipamerkan kali ini berbanding hanya 61 pada penganjuran sebelumnya. Sementara itu pesawat udara yang dipamerkan pada kali ini adalah sebanyak 103 unit berbanding 133 pada tahun 2017.

“Antara yang bakal menjadi tarikan utama adalah pertunjukan aerobatik gabungan dari Rusia, Indonesia dan Malaysia selain penyertaan daripada pelbagai negara dengan ruang pameran lebih luas merupakan pencapaian terbaik LIMA kali ini,” katanya ketika menyampaikan taklimat kepada media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Beryemakan “Lebih Hebat”, LIMA’19 akan bermula esok (26 Mar) hingga Sabtu (30 Mar), di MIEC dan mula dibuka kepada awam Jumaat ini.

-SH

Tinggalkan komen anda