Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Hujan Lebat di Sik Setelah Hampir Sebulan Berpanas

By 11 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Noriza Zakeri (Sik)

SIK, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Setelah hampir sebulan kering kontang dan dilanda gelombang haba, akhirnya hujan lebat turun membasahi beberapa kawasan di sini, petang semalam.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan, Sik termasuk di dalam 10 kawasan yang dilanda suhu panas tahap berjaga-jaga. Sik dilanda gelombang haba sejak beberapa minggu lalu, dengan suhu tinggi yang luar biasa melebihi suhu maksima purata harian dan keadaan cuaca yang agak panas.

Dalam pada itu, Sik berada pada tahap satu dengan suhu maksimum harian 35 hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Selain Sik, Chuping (Perlis) serta Hulu Perak (Perak) turut tersenarai sebagai 10 kawasan yang dilanda cuaca panas di negara ini.

MetMalaysia dalam siaran medianya turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka serta minum air secukupnya bagi mengelak berlakunya strok haba.

Sementara itu, menurut salah seorang penjawat awam Noriza Zakeri, menyifatkan hujan yang turun sebagai hujan rahmat setelah hampir sebulan daerah ini dilanda panas dan kering.

“Saya berharap agar cuaca panas melampau yang melanda negara ini khususnya daerah ini akan berakhir segera kerana khuatir dengan tahap kesihatan keluarga yang agak terganggu ekoran cuaca panas ini,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda