Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

Kerajaan Lancar Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 2016-2020 (OSHMP 2020)

By 26 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka telah melancarkan Kempen Tandatangan Terbanyak Bagi Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) peringkat negeri Melaka bertempat Ballroom, Mudzafar Hotel, semalam.

Menurut Ketua Menteri Melaka, kempen ini adalah salah satu program yang diadakan sempena Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019. Bagi memantapkan lagi sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara kita, kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020 atau dikenali juga sebagai Occupational Safety and Health Master Plan 2020 (OSHMP 2020).

“OSHMP 2020 telah meletakkan sasaran pengurangan kadar kemalangan di seluruh Malaysia sehingga 2.53 kes bagi 1,000 orang pekerja manakala kadar kematian sehingga 4.36 kes bagi 100 ribu orang pekerja pada tahun 2020.

Pengerak industri turut sama memberi inikomitmen dalam menjayakan kempen

Pengerak industri turut sama memberi komitmen dalam menjayakan kempen ini

“Sehubungan dengan itu bagi menterjemahkan komitmen dan sokongan semua pihak dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia, Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga JKKP telah mewujubkan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DKKPN) yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 27 Februari 2019 yang lalu,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, Pengarah JKKP Melaka, Rabaayah Daud, berkata “di peringkat negeri Melaka, terdapat 10 syarikat dari pelbagai sektor telah berjaya menyertai kempen ini dan secara keseluruhan pihak JKKP Melaka berjaya mengumpulkan sebanyak 6600 tandatangan.

“Seterusnya kain rentang ini akan di bawa ke Putrajaya untuk dikumpulkan penyertaan seluruh negara bagi pengiraan untuk mendapatkan pengiktirafan Buku Rekod Malaysia,” ujarnya.

EM

Tinggalkan komen anda