Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

‘Bike Gethering’  Rancakkan Ekonomi dan Pelancongan Bandar Sri Aman

By 1 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto : Iswandi Kassim (Sarawak)

SRI AMAN , 1 Apr (Malaysiaaktif) – Penganjuran 1st Sarawak  Bike Gathering (1stSBG2019) telah menghidupkan sektor pelancongan dan ekonomi peniaga tempatan. Edisi pertama Program 1stSGB yang  berlangsung selama tiga hari bermula 29 Mac dan berakhir semalam telah diadakan di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman merupakan anjuran Kelab Borneo Island Big Bikers (BIBB) dan telah melibatkan penyertaan sejumlah hampir 1000 penunggang motorsikal dari 35 kelab dari seluruh negeri ini termasuk beberapa kelab dari Kuala Lumpur, Sabah, Labuan, Kalimantan dan Brunei.

Salah seorang peserta dari Negara Brunei Darulsalam

Salah seorang peserta dari Negara Brunei Darulsalam

Presiden kelabnya, Ramlee Tuah ketika ditemui berkata istimewanya penganjuran 1stSGB ini tidak terhad kepada Kelab Motosikal berkuasa tinggi sahaja kerana antara lain tujuan ia diadakan ialah meningkatkan kesedaran pemilik motosikal terutama dikalangan belia terhadap risiko pengubahsuaian tanpa kelulusan. 1stSBG juga berfungsi sebagai platform untuk penunggang motorsikal berkongsi pendapat dan minat di samping mempromosi Sri Aman sebagai Bandar Benak Malaysia.

“Sri Aman menjadi lokasi yang ideal bagi program ini kerana ia memiliki produk pelancongan dan kebudayaan seperti Muzium Warisan (Kubu Alice), Santuari Buaya di Pulau Seduku dan Rumah Sri Aman (lokasi penjanjian damai kerajaan negeri dan pengganas komunis 1973) selain keunikan fenomena benaknya. Kehadiran delegasi permotoran dan pelancong tempatan jelas berjaya meningkatkan ekonomi penduduk tempatan terutama bagi pengusaha inap desa dan gerai jualan di sepanjang tebingan.”

“Dengan adanya usaha seperti ini maka kita secara tidak langsung dapat membantu kerajaan  mempertingkat eko-pelancongan di Sri Aman dan memperkenal budaya serta produk tempatan penduduk di sini,” kata beliau.

e9ad0ade-ab35-4383-8b78-e9e4529e6d5a

Sepanjang Program 1stSBG2019 turut di adakan aktiviti gerai jualan beraneka, Pertandingan Bike Show, persembahan Gig/Live Band, Persembahan Kebudayaan seperti bermukun/bergendang dan konvoi ke Santuari Buaya Pulau Seduku.

Tinggalkan komen anda