
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman (Daerah Seberang Prai Utara)
Tasek Gelugor, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Karnival Usahawan Desa (KUD) merupakan satu program dwitahunan yang dianjurkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar bertujuan untuk memartabatkan produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan luar bandar melalui perluas an akses pasaran dan peningkatan aktiviti pemasaran.
KUD Zon Utara kini sedang berlangsung selama 4 hari bermula 29 Mac 2019 sehingga 1 April 2019 di Midtown PERDA Tasek Gelugor yang mengumpul seramai 218 pempamer usahawan di seluruh Negeri-Negeri Utara khususnya terutama usahawan Pulau Pinang.
Pelbagai pengisian yang menarik telah disediakan kepada para pengunjung antaranya Seminar Keusahawanan ‘Era Digital-Cabaran atau Peluang’ yang menampilkan Founder The Fame, promosi produk usahawan, demonstrasi masakan, mini konsert yang menampilkan artis tempatan antaranya Dato’ Jamal Abdilah, Siti Nordiana, Ezlynn, Black dan ramai lagi.

KUD Zon Utara dilancarkan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun di Midtown Perda
Kerajaan Malaysia menyediakan Dana Harapan Strategi Realisasi Keusahawanan (HERS FUND) bagi membantu usahawan wanita di luar bandar dengan peruntukan RM20 juta dilancarkan pada hari semalam.
Ia dilancarkan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun sempena majlis perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Utara 1 di Midtown Perda di sini.
Rina berkata dana itu dicetuskan atas keprihatinan kementeriannya terhadap usahawan berkenaan, selain mahu memberi bimbingan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
āHERS FUND juga akan dilaksanakan berlandaskan konsep āmentor-menteeā untuk memberi bimbingan kepada usahawan wanita desa.
āSebagai permulaan, lima usahawan wanita berjaya daripada kalangan peserta Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) akan menjadi āmentorā untuk membantu 40 usahawan wanita yang menjadi āmenteeā mereka untuk mengembangkan perniagaan masing-masing,ā katanya.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar, dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin.
Sementara itu, Rina berkata, pihaknya mensasarkan nilai jualan sehingga RM40 juta dengan dua juta pengunjung bagi keseluruhan KUD yang diadakan di seluruh negara.
Pulau Pinang adalah negeri pertama menganjurkan KUD, dan akan disusuli Terengganu, Kedah, Sabah, dan yang terakhir di Putrajaya.
āMelalui aktiviti ini diharapkan dapat memperkasakan usahawan dengan ilmu pengetahuan serta mencungkil usahawan yang berpotensi sehingga ke peringkat global, di samping menarik minat orang ramai untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan,ā katanya