Skip to main content
Berita Tempatan

CHALKs Platform Efektif Perkongsian Pengetahuan Bersama Gen-Y

By 30 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto : Khairul Akmal Mohamad (Kota Bharu)

GUA MUSANG, 30 Apr (Malaysia Aktif) – Generasi Kelima atau ‘Fifth Generation (5G) merupakan satu Teknologi Komunikasi berkonsepkan ‘antena agam berganda’, ataupun ‘Massive-MIMO’ (Multiple-Input Multiple-Output) adalah topik diskusi program ChaLKS Jabatan Penerangan Malaysia, Kelantan bersama siswa di Gua Musang petang tadi.

Pembangunan dan kemudahan teknologi 5G ini adalah satu keperluan penting kepada negara berikutan peningkatan kepenggunaan data dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.

Peningkatan kepenggunaan data ini didorongi oleh kepelbagaian aplikasi terkini di internet khususnya melalui telefon mudah alih, seperti melayari video berkualiti UHD di YouTube ataupun NetFlix, capaian data besar pada simpanan awan (DropBox) serta ‘cloud’ untuk urusan kerja mahupun simpanan data peribadi, termasuklah pelbagai aplikasi lain yang berasaskan multimedia.

Seramai hampir 40 siswa tingkatan 6 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1 Gua Musang telah menyertai sesi ChaLKS (Chatting, Learning and Knowledge Sharring) bagi berkongsi maklumat secara bersemuka dan santai.

ChaLKS merupakan satu pendekatan fleksibal dalam usaha kerajaan memasar dan menyampaikan maklumat kepada golongan belia.

Guru pengiring Rosdi Abd Halim (Bertali leher)

Guru pengiring Rosdi Abd Halim (Bertali leher)

ChaLKS mula diaplikasikan JaPen Kelantan pada tahun 2015 sebagai satu inisiatif dalam menyampaikan maklumat dan juga dasar kerajaan kepada golongan belia dalam skala kecil, khususnya kategori mahasiswa di kolej dan universiti serta pusat latihan kemahiran.

ChaLKS 19 membawa satu pendekatan baharu melalui penjenamaan semula atau ‘rebranding’, dengan konsep yang lebih terbuka dan terkini dan diadakan di kafe-kafe ‘hipster’ selain di perkarangan kampus atau universiti.

Ternyata konsep ini mampu menarik minat siswa-siswi untuk berkongsi pendapat dan pandangan berkenaan sesuatu isu yang dikupaskan dalam sesi borak-borak atau ‘chatting session’ terutamanya berkaitan kebaikan dan keburukan media sosial dan internet.

Guru Pengiring, Mohd Rosdi Halim,50, berkata “pendekatan ‘hands on’ sebegini merupakan satu langkah yang lebih baik sebagai pendedahan awal kepada siswa berkaitan cabaran yang bakal dihadapi negara dalam menuju dan mencapai era Revolusi Industri 4.0.”

Siti Nurmaisarah Amran, 19, berpendapat “kehidupan seharian kita didominasi oleh pelbagai maklumat yang belum tentu kesahihannya. Hanya pengetahuan atau ‘knowledge’ yang dapat membantu kami menapis dan menginterpretasi sesuatu maklumat yang diterima”.

ChaLKS 19 merupakan platform komunikasi bersemuka yang efektif dan fleksibel serta sesuai dalam memperjelaskan konsep ‘Teknologi 5G’ dan isu-isu berkaitan media sosial serta geo-politik kepada golongan belia dalam negara yang sedang meniti perubahan ke arah Revolusi Industri 4.0 sejajar dengan peredaran teknologi dunia hari ini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda