Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Suri Rumah Disaran Ceburi Perniagaan Tingkat Ekonomi Keluarga

By 30 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Golongan wanita khususnya suri rumah disaran menceburi bidang perniagaan agar dapat menjana pendapatan tambahan sekaligus membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi keluarga.

Pegawai Penerangan Daerah Sik Ramli Md Rus, berkata suri rumah boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan diri sendiri mahupun keluarga.

“Bengkel yang dijalankan ini adalah bagi memberi pendedahan serta tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk menambah pendapatan, tambahan pula bulan Ramadan hampir tiba,” katanya ketika ditemui bersempena Bengkel Membuat Air Soya dan Tau Fu Fah di Pejabat Penerangan Sik, di sini semalam.

Menurut Ramli lagi, bengkel ini bukan saja dapat membantu golongan berpendapatan rendah menjana ekonomi bahkan turut merancakkan ekonomi komuniti setempat.

“Para peserta juga disarankan untuk mendapatkan bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan perniagaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ataupun Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kerana agensi-agensi ini akan membantu usahawan baharu dalam menguruskan perniagaan,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda