Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Hutan Semula Jadi Tarikan Pelancong Ke Kedah

By 30 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

KUBANG PASU, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Shumugam Rengasamy, berbangga dengan pencapaian Jabatan Perhutanan Negeri Kedah kerana berjaya menanam 43,757 ribu pokok sepanjang tahun lalu dengan kerjasama semua agensi yang berkaitan.

“Kedatangan pelancong ke negeri ini pada tahun 2018 adalah seramai lima juta orang dengan sektor perhutanan menyumbang hasil dalam industri pelancongan terutamanya di Langkawi dengan kedatangan pelancong seramai 3.6 juta yang telah berkunjung ke kawasan hutan semulajadi.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong mana-mana pihak yang ingin bersama-sama membangunkan negeri ini dalam pelbagai bidang termasuk sektor ekopelancongan sejajar dengan hasrat negara mencapai negara maju dan Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, di sini semalam.

Shumugam turut mengucapkan terima kasih kepada jabatan perhutanan negeri atas sumbangan anak pokok kepada ahli-ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Kubang Rotan.

“Seramai 11 orang wakil masyarakat dan guru-guru telah menerima anak pokok karas, antaranya ialah MPKK Kampung Padang Satu Mohd Kasa Ahmad dan MPKK Kampung Padong Mohd Rahmat Dewan,” katanya lagi.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Halimaton Saadiah Saad, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Roslan Rani dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Nadzman Mustaffa.

-SH

Tinggalkan komen anda