Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Keadilan Restoratif Alternatif Kepada Kurangkan Kesesakan Penjara

By 1 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/Foto: Idris Sani Saberun/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Cadangan menggunakan kaedah Keadilan Restoratif dapat membantu mengurangkan kesesakan penjara di negeri ini.

Peguambela, Datuk Katherine Lee Mei Oi berkata, cadangan Keadilan Restoratif merupakan langkah alternatif kepada hukuman penjara bagi pesalah-pesalah jenayah ringan.

Katherine (kiri) menerangkan kepada Tun Juhar (tengah) tentang maklum balas Ceramah dan Forum Mengenai "Keadilan Restoratif – Alternatif kepada Pemenjaraan".

Katherine (kiri) menerangkan kepada Tun Juhar (tengah) tentang maklum balas Ceramah dan Forum Mengenai “Keadilan Restoratif – Alternatif kepada Pemenjaraan”.

“Selain mampu mengurangkan kesesakan penjara, kaedah Keadilan Restoratif juga memberi penjimatan wang kerajaan dan pada masa sama menggalakkan aktiviti khidmat masyarakat dikenakan kepada pesalah jenayah ringan yang layak.

John (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar sambil disaksikan oleh ahli-ahli rombongan CRJS.

John (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar sambil disaksikan oleh ahli-ahli rombongan CRJS.

“Kunjungan saya kepada Tun Juhar hari ini adalah untuk memaklumkan berkenaan maklum balas terhadap cadangan Keadilan Restoratif yang telah dibincangkan pada Ceramah dan Forum Mengenai “Keadilan Restoratif – Alternatif kepada Pemenjaraan” awal Mac lalu,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Majlis Keadilan Restoratif Sabah (CRJS), Datuk John Sikayun.

EM

Tinggalkan komen anda