Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kerjasama Perancis, Malaysia Terus Kukuh

By 2 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Kerjasama antara Perancis dan Malaysia akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.

Duta Perancis di Malaysia, Frederic Laplanche berkata hubungan baik antara dua negara, kini berada di tahap yang sangat baik.

“Keberadaan kami di sini telah lama dan kita mempunyai kerjasama dalam industri perhotelan, industri pembinaan dan juga dalam sektor pertahanan.

“Sebagai contoh, terdapat dua buah kapal selam kami berada di sini bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Shafie (kanan) berbincang dengan Laplanche (kiri) di pejabatnya.

Shafie (kanan) berbincang dengan Laplanche (kiri) di pejabatnya.

“Dalam aspek pendidikan pula, terdapat enam buah sekolah menengah di sini yang menawarkan pembelajaran Bahasa Perancis yang melibatkan 700 orang pelajar.

“Kita turut menganjurkan acara kebudayaan tahunan iaitu French Festival di mana 15 buah filem Perancis bakal ditayangkan bermula 9 hingga 12 Mei di GSC Cinema di sini,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pagi Selasa.

Mengulas mengenai sekatan minyak sawit di negara Eropah, Laplanche berkata tiada sekatan produk berkenaan bagi Perancis.

Suasana sekitar perkongsian antara Laplanche (tengah) dan Shafie (kanan).

Suasana sekitar perkongsian antara Laplanche (tengah) dan Shafie (kanan).

“Kita tidak menyekat dan tidak akan menyekat minyak sawit ke Perancis. Apa yang berlaku di Eropah adalah pengharaman penggunaan minyak sawit sebagai minyak bio atau ‘biofuel’.

“Hal ini berlaku kerana kritikan masyarakat Eropah mengenai penebangan hutan yang dilakukan bagi penanaman kelapa sawit.

“Namun begitu, pada pandangan saya kerajaan Malaysia khasnya kerajaan Sabah melakukan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang sangat baik termasuklah perancangan meluaskan kawasan penanaman sawit dan penebangan hutan mengikut had yang telah ditetapkan bagi menjaga alam sekitar,” jelasnya.

Tambah Laplanche, perancangan berkenaan merupakan polisi yang sangat bagus dan Perancis menyokong penuh pendekatan tersebut dalam memenangi semula pengguna minyak sawit di Eropah.

EM

Tinggalkan komen anda