Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Kertas Putih Felda disambut Baik Masyarakat

By 23 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan /foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor) & Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Kertas Putih Felda telah dibentangkan di Sidang Dewan Rakyat pada 10 April yang lepas oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di mana menggariskan 10 intipati Model Felda Baharu bertemakan “Ke Arah Kelestarian Felda”

Antara intipati tersebut adalah sewaan tanah jangka panjang, program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu, pengurusan ladang melalui pengukuhan koperasi felda-felda, penggunaan teknologi terkini dan Felda akan memperkenalkan Skim Bantuan Baru yang lebih fleksibel dan berdasarkan keperluan peneroka.

Selain itu, terdapat intipati yang fokus kepada penambahbaikan infrastruktur sosial dan fizikal, meningkatkan kualiti pendidikan & jati diri generasi baru Felda, memperkukuh peranan kepimpinan tanah rancangan, pelaksanaan projek perumahan dan penyediaan Skim Pewaris Tanah untuk peralihan lancar.

Rata-rata masyarakat menyambut baik intipati yang dibentangkan dalam Kertas Putih Felda ini. Menurut Pengerusi Koperasi Felda Bukit Cherakah Selangor Berhad, Haji Mohd Alwi Bin Haji Mohd Daud, berpendapat ini sudah sampai waktunya dan memang tepat pada masanya pemulihan Felda ini sebagai bantuan kewangan kerajaan kepada peneroka-peneroka ini dan memang sangatlah menepati masa dalam keadaan yang memerlukan sekarang ini.

“Harapan saya supaya Kertas Putih Felda ini dapat dilaksanakan dan supaya pembangunan di Felda ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada semua peneroka,” ujar Alwi lagi.

“Apa yang dibentangkan itu amat baik dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin untuk membuat perubahan yang begitu baik untuk peneroka-peneroka Felda dan saya berharap agar ini memberi manfaat dan kebaikan buat rakyat Felda,” kata Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Felda Bukit Cherakah, Masri Abdullah.

Ketua Kampung Felda Bukit Cherakah, Aizat Mohamad Musa pula menyatakan secara umumnya, pembentangan Kertas Putih Felda ini bagus sebab ianya merupakan pembaikpulihan daripada akar umbi yang sebelum ini kita telah maklum apa yang telah berlaku dalam Felda.

“Usaha ini bagus dari segi pembangunan semula Felda dan juga dari segi membela nasib peneroka di mana sebelum ini nasib peneroka ini nampak gelap tetapi kini menampakkan cahaya itu kembali,” ujar Aizat.

“Saya berharap seboleh-sebolehnya semua ini berjaya selain daripada membaik pulih kewangan Felda, kita boleh membangunkan semula peneroka-peneroka ini yang di mana dengan harga sawit jatuh ketika ini dan kebajikan mereka lebih terbela dalam jangka masa panjang sehinggalah ke generasi-generasi seterusnya selepas ini nanti”, kata Aizat.

-NAZ

Tinggalkan komen anda