
Laporan/foto : Pai Syahira (Pahang)
KUANTAN 23 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 280 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM141,928.30 direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Pahang sepanjang Januari hingga 22 April tahun ini.
Menurutnya, daripada 280 kes dilaporkan, 238 kes telah berjaya diselesaikan atas pelbagai kesalahan yang membabitkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) dan lain-lain lagi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Mohd Suffian Mohd Abass berkata, jumlah tersebut melibatkan 17,708 premis yang telah diperiksa dalam operasi penguatkuasaan.

Sesi penerangan dan ramah mesra bersama media di Majlis Ramah Mesra KPDNHEP bersama Media Pahang di perkarangan Pejabat KPDNHEP
“Pemeriksaan ini tidak hanya di kawasan bandar,malah turut melibatkan kawasan luar bandar.” ujar Mohd Sufian
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan aduan daripada pengguna menerusi atas talian di laman sesawang yang disediakan atau lapor segera ke pejabat KPDNHEP berdekatan untuk tindakan segera.
Moh Suffian berkata, “Enam cawangan di sekitar Pahang melibatkan seramai 150 pegawai penguatkuasa ditempatkan di beberapa daerah bagi memantau peniaga serta memastikan bekalan mencukupi.”
Beliau turut menjelaskan bahawa kompaun boleh dikenakan sebanyak RM 5,500 bagi kesalahan oleh individu dan syarikat persendirian manakala kompaun tidak melebihi RM11, 000 dikenakan bagi kesalahan oleh pembandaran dan syarikat sendirian berhad.
“Suka saya ingatkan kepada peniaga supaya patuhi peraturan sebelum tindakan penguatkuasaan dikenakan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika Hari Penguatkuasa KPDNHEP ke 47 dan Majlis Ramah Mesra Bersama Media Peringkat Negeri Pahang di perkarangan Pejabat KPDNHEP di Indera Mahkota, Kuantan.