Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Polis Bantuan Menggalas Amanah Rakyat

By 23 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Muhd Shariffudin/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min telah merasmikan majlis Perhimpunan Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan sempena Peringatan Hari Polis yang ke-212 di Hospital Permai Johor Bahru.

Menurut beliau projek rintis Polis Bantuan telah dimulakan pada tahun 2009 di Hospital Kuala Lumpur dan kemudian perkhidmatan Polis Bantuan ini telah diperluaskan penggunaannya di Ibu Pejabat KKM, Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Permai Johor Bahru.

Dr. Chen Chaw Min menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima pertama iaitu Konstabel Mohammad Ridwan Shah dari Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia sempena Perhimpunan Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Kini terdapat 562 perjawatan telah diisi dari 646 kekosongan jawatan bagi memperkuatkan lagi barisan hadapan dalam membantu pihak hospital mengawal keseluruhan kawasan hospital. Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menjalani latihan dengan jayanya iaitu Kursus Asas Polis Bantuan di PULAPOL sebelum diserap menjadi anggota Polis Bantuan.

Persembahan tempur tanpa senjata oleh Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia sempena Perhimpunan Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Persembahan tempur tanpa senjata oleh Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia sempena Perhimpunan Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Pihak Kementerian juga memberi saranan supaya setiap anggota Polis Bantuan perlu mempertingkatkan ilmu dalam bidang IT dan undang-undang bagi memastikan setiap anggota itu kekal berdaya saing dalam zaman yang kian mencabar ini.

Dr.Chen (tengah) bersama Timbalan Ketua Polis Johor Bahru, DCP Datuk Mohd Kamarudin (kanan) beramah mesra dengan penerima sijil penghargaan. Seramai 5 anggota Polis Bantuan KKM menerima sijil penghargaan sempena Perhimpunan Polis Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan pagi tadi.

Bagi menjaga kebajikan dan penghargaan kepada anggota Polis Bantuan, pihak kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan sebayak RM227,500 kepada Unit Keselamatan KKM di bawah Pelan Operasi Latihan (POL). Penghargaan ini diberikan atas kejayaan unit tersebut mengekalkan penarafan lima bintang dalam Penganugerahan Keselamatan Perlindungan Tahun 2017.

Dr Chen Chaw Min, semasa sidang media selepas Perhimpunan Polis Bantuan KKM Peringkat Kebangsaan

Dr Chen Chaw Min, semasa sidang media selepas Perhimpunan Polis Bantuan KKM Peringkat Kebangsaan

Kini pihak Kementerian dalam pertimbangan untuk mengembangkan lagi penggunaan khidmat Polis Bantuan di Hospital Besar seluruh negara bagi menggantikan pengawal keselamatan dari pihak swasta dan ia bergantung kepada peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada kementerian.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Mad Zin.

EM

Tinggalkan komen anda