Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

Layar Bestari Perdana Gamit Nostalgia Wayang Pacak

By 22 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman (Jasin)

SERKAM, 22 Apr (Malaysiaaktif)Β – Filem PASKAL menjadi pilihan penduduk Taman Serkam Ria melalui slot Layar Bestari Perdana yang dibawa oleh Jabatan Penerangan Malaysia Putrajaya, baru-baru ini.

Seramai 300 masyarakat setempat hadir menyaksikan filem PASKAL terdiri daripada pelbagai lapisan usia dari bayi, kanak-kanak, belia, dewasa dan tidak ketinggalan juga warga emas berkerusi roda turut sama menggamit nostalgia wayang pacak yang pernah disaksikan suatu ketika dahulu.

Layar Bestari merupakan perantara masyarakat dengan Jabatan Penerangan dan program seperti ini mampu menarik minat serta mencapai sasaran untuk memasarkan maklumat kenegaraan kepada golongan kanak-kanak dan belia.

Orang ramai yang hadir dalam program Layar Bestari.

Orang ramai yang hadir dalam program Layar Bestari.

Dengan beralaskan tikar, kain dan surat khabar, seisi keluarga yang datang menonton dilihat sangat gembira dan teruja. Penduduk taman yang berniaga pada malam tersebut pula mendapat hasil yang amat memuaskan.

Penduduk tempatan, Azlina Aziz, 38, berterima kasih kepada Jabatan Penerangan yang sudi hadir mengadakan tayangan wayang pacak dan membuka ruang untuk berniaga pada malam ini.

Manakala bagi Tuan Nur Dayani Tuan Sanusi, 10, pula sangat seronok menonton di skrin besar bersama ibu dan adik-adiknya sambil menikmati makanan yang dibawa sebagai bekalan.

Rezeki tambahan kepada peniaga.

Rezeki tambahan kepada peniaga.

“Saya suka tengok cerita yang ditayangkan malam ni sebab dapat tengok beramai-ramai sambil duduk atas tikar yang ibu bawa”.

Tayangan Layar Bestari Perdana ini dibawakan selama dua malam di Daerah Jasin dan sambutan di lokasi ke dua iaitu Kampung Tehel juga meriah dan menggalakkan serta dihadiri oleh pelbagai kaum.

EM

Tinggalkan komen anda