Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Masyarakat Orang Asli Pos Mendrop Peluk Islam

By 19 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto : Erzufariza A/P Zulkifly (Gua Musang)

GUA MUSANG, 19 Apr ( Malaysiaaktif ) – Seramai 22 orang masyarakat Orang Asli Suku Kaum Temiar di Pos Mendrop berasa teruja menjadi penganut baru agama Islam setelah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Jabatan Pedana Menteri ( Agama ), Adnan Abd Rahman sempena Program Dakwah dan Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli Pos Mendrop.

Ketua Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli ( JAKIM ) Kelantan dan Terengganu, Mohd Johar Abdullah melahirkan rasa syukur kerana hasil kerja keras Pengerak Masyarakat Orang Asli di Daerah Gua Musang ini telah membawa kesedaran kepada masyarakat Orang Asli mengenai perlunya pegangan agama dan tuhan di dalam kehidupan.

“Keberkesanan kerja Penggerak Masyarakat Orang Asli di Daerah Gua Musang terbukti dengan berlakunya peningkatan jumlah masyarakat Orang Asli memeluk agama Islam dari tahun ke tahun,” tambahnya.

Rizul Anis, 23, mengucapkan terima kasih kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli ( JAKIM ) di atas kesungguhan mereka menziarahi kampung Pos Mendrop setiap minggu dan telah menimbulkan kesedaran bahawa setiap insan perlukan bimbingan agama dalam hidup seharian dan ini mencetuskan keinginan beliau untuk memeluk agama Islam setelah sekian lama melihat ramai masyarakat Orang Asli di Kampung Pos Mendrop memeluk Islam.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Jabatan Pendana Menteri ( Agama ), Adnan Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada Penggerak Masyarkat Orang Asli ( JAKIM ) ketika merasmikan program tersebut kerana sentiasa cakna membantu membawa ajaran agama Islam untuk semua masyarakat Orang Asli.

Program ini telah bermula pada 15 April dengan pelbagai aktiviti antaranya ialah mengajar fardu ain, gotong- royong, ramah mesra dan tarian sewang.

– NAZ

Tinggalkan komen anda