Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

MPBN Martabatkan Pembangunan Modal Insan

By 1 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

Bukit Mertajam, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan wadah atau medium bagi pemimpin belia dan negara membincangkan isu dan dasar yang melibatkan pembangunan belia negara.

MPBN yang ditubuhkan pada tahun 1971 ini adalah atas kesedaran bahawa kemajuan negara di masa hadapan bergantung kepada hasrat dan aspirasi generasi belia.

Bagi Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah ia adalah merupakan pertubuhan yang sinonim dengan perjuangan belia kawasan yang memartabatkan pembangunan modal insan di peringkat kawasan komuniti masyarakat.

Mohd Alif Anas Md Noor, berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah yang berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah tadi.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah turut menyatakan MBD memainkan peranan dalam menjadi sebuah persatuan belia yang berdaya saing, kreatif dan berinovatif.

 Mohd Alif Anas Md Noor, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah ketika menyampaikan ucapan beliau

Mohd Alif Anas Md Noor, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah ketika menyampaikan ucapan beliau

Selain itu MBD juga membantu belia meningkatkan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi dan mewujudkan halatuju belia yang berintegriti sera dinamik.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Kamarul Haizal Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah merangkap Pengerusi, Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Seberang Perai Tengah yang turut menyatakan bahawa belia adalah tunggak pembangunan negara serta menjadi tulang belakang kepada negara.

Generasi muda belia sekarang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan kerana mereka adalah pelapis pimpinan negara masa akan datang.

Beliau juga berkata kerajaan perlu menyediakan kemudahan kepada golongan belia ini dalam memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara yang semakin mencabar dewasa ini.

Kamarul Haizal seterusnya menyampaikan watikah perlantikan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Daerah kepada agensi dan jabatan kerajaan yang hadir.

Hampir semua agensi jabatan kerajaan hadir pada majlis ini yang merupakan Sidang Pertama Penggal ke 32 bagi Sesi 2019/2020.

Turut hadir pada majlis ini adalah Hanafi Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, ketua dan wakil agensi  jabatan kerajaan dalam daerah.

Tinggalkan komen anda