Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Nasi Kebuli Santapan Diraja Pahang

By 23 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norhanum Mohamed (Lipis)

KUALA LIPIS, 23 April (Malaysiaaktif) – Kuala Lipis merupakan bandar warisan sejarah yang pernah menjadi ibu negeri Pahang pada abad ke- 19 semasa pentadbiran era kolonial Britis, Sir Hugh Clifford.

Malahan Lipis juga terkenal dengan pelbagai masakan tradisi yang tersendiri di mana satu hidangan  khusus yang hanya terdapat di Kuala Lipis ialah Nasi Kebuli atau  Nasi Ke Bawah Duli.

Asalnya Nasi Kebuli ini hanya menjadi makanan warisan DiRaja atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Hidangan Nasi Kebuli ini amat popular di kampung – kampung sekitar Kuala Kenong, Kampung Budu, Jelai, Tanjung Besar, Kuala Medang , Kampung Jeram Landak dan semua daerah di Kuala Lipis khasnya.

Kelazatan dan aroma seni masakan Nasi Kebuli dihidangkan bersama ayam dan daging

Kelazatan dan aroma seni masakan Nasi Kebuli dihidangkan bersama ayam dan daging

Menurut sejarah , Nasi Kebuli diperkenalkan di kampung  Kuala Kenong, Kuala Lipis. Kewujudan nasi ini bermula apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis  dan berhenti di Kuala Kenong.

Baginda bertemu  dengan penduduk kampung yang bernama Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung. Kemudian Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada sultan. Maka berdasarkan kepada peristiwa tersebut ia dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Kebawah Duli.

Namun, sehingga ke hari ini ianya telah dijadikan salah satu santapan popular Diraja Pahang serta dihidangkan hanya dalam majlis – majlis tertentu sahaja.

Oleh yang demikian Nasi Kebuli ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Keenakkan Nasi Kebuli yang dinikmati bersama ayam yang diperap serta digaul garam dan kunyit yang ditumbuk halus , sekali makan pasti hendak lagi.

ER

Tinggalkan komen anda