
Laporan/foto: Halimah Abd Ghani/Shamsul Bahari (Seberang Perai Tengah)
PERMATANG PAUH, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Buat julung kalinya penduduk di sekitar Permatang Pauh berpeluang menyaksikan persembahan daripada PENTARAMA Jabatan Penerangan yang dibawakan khas bersempena Program Karnival Rakyat Permatang Pauh yang berlangsung dari 6 April hingga 7 April 2019 bertempat di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh.

Selain persembahan nyanyian babak lakonan dalam menyampaikan kempen-kempen kerajaan juga di sajikan kepada pengunjung
Persembahan bermaklumat yang bermula jam 9 malam dan berakhir kira-kira jam 11 malam itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton. Persembahan yang membawakan Konsert Malaysia Di Hati ini adalah antara slot pengisian program di bawah kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia. Rata-rata pengunjung dilihat sangat teruja dan terhibur dengan persembahan tersebut.
Antara kempen-kempen yang dibawa dalam penyampaian maklumat tersebut ialah kempen larangan merokok, penggunaan media sosial, kemalangan jalanraya, buli siber dan lain-lain. Kempen berkonsep hiburan seperti ini amat disukai dan mudah diterima oleh penonton.
Menurut Zamri Idris, beliau sangat teruja menonton persembahan PENTARAMA. Menurut beliau ini merupakan kali pertama menyaksikannya serta merasa terhibur dan perlu diadakan lebih kerap pada masa akan datang.