Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

OBOD Ikrar Basmi Denggi

By 7 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 7 Apr (Malaysaiaktif) – Seramai 140 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau telah menyertai Sukarelawan Skuad One Bite One Death (OBOD) yang dilancarkan sempena Program Minggu Kesedaran Denggi 1-5 April lalu di sekolah tersebut, di sini.

Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Kangar, Raja Mohd Rostum Raja Daud yang juga merupakan pengarah program tersebut menjelaskan skuad yang terdiri daripada berbilang bangsa pelajar di sekolah tersebut adalah bertujuan untuk menyampaikan info-info kesihatan mengenai bahaya demam denggi dari semasa ke semasa kepada rakan-rakan mereka di dalam kelas masing-masing.

“Saya berharap dengan penubuhan skuad OBOD yang pertama kali dilancarkan di sekolah ini akan menjadi perintis kepada semua sekolah di negeri ini untuk menubuhkan skuad OBOD masing-masing,” katanya ketika ditemui baru- baru ini.

Para pelajar yang menyertai program bergambar kenangan.

Para pelajar yang menyertai program bergambar kenangan.

Bagi Mohd Ifran Hakim Amri yang telah menerima anugerah Tokoh OBOD 2019 kategori lelaki menjelaskan bahawa penganugerahan ini telah membakar semangatnya untuk memberi penjelasan yang lebih berkesan kepada rakan-rakan dan juga keluarganya betapa penting untuk menjaga persekitaran sekeliling untuk menghindarkan nyamuk aedes daripada membiak.

“Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar, warga sekolah dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan kaedah mencegah nyamuk aedes di kawasan sekolah.

“Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang lima hari program berlangsung seperti ceramah mengenai bahaya demam denggi, pertandingan melukis poster bahaya nyamuk aedes dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Bagi Ketua Penolong Pengarah Kanan Kawalan Vector Pejabat Kesihatan Kangar, Doktor Che Muzaini Che Muda menjelaskan bahawa gejala wabak denggi menunjukan peningkatan yang ketara di Malaysia.

“Setakat 30 Mac tahun ini sahaja, 36,285 kes denggi telah dicatatkan di seluruh Malaysia yang mengakibatkan 59 kematian dan di Perlis sahaja mencatatkan sebanyak 135 kes tetapi belum ada kematian mengenai denggi dilaporkan,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda