Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Perpustakaan Negeri Cawangan Tanjung Aru Dibuka Kepada Umum

By 1 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Asmidar Zainol/Abdullah Sani Ariff Lokman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Perpustakaan Negeri Cawangan Tanjung Aru dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Yusof dibawa meninjau suasana dan fasiliti yang disediakan Perpustakaan Negeri Cawangan Tanjung Aru.

Yusof dibawa meninjau suasana dan fasiliti yang disediakan Perpustakaan Negeri Cawangan Tanjung Aru.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, perpustakaan tersebut menjadi ikon kepada kementerian sebagai usaha menjadikan masyarakat berilmu di Sabah.

“Perpustakaan ini merupakan ikon kepada Kementerian Pelajaran di mana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Yusuf (empat dari kiri) turut mengambil peluang menguji bilik Studio Muzik bersama para pelajar yang hadir.

Yusuf (empat dari kiri) turut mengambil peluang menguji bilik Studio Muzik bersama para pelajar yang hadir.

“Antara kemudahan yang disediakan adalah perkhidmatan WiFi, Galeri Pameran Petrosains, Studio Muzik, ruang membaca yang santai, Dewan Serbaguna, kafe dan sebagainya.

“Adalah menjadi matlamat kita untuk menggalakkan orang awam menggunakan kemudahan ini sebagai sumber ilmu dan kita amat berharap ia dapat memberi manfaat kepada semua,” katanya kepada media selepas melawat perpustakaan berkenaan, hari ini.

Para pelajar tidak melepaskan peluang berbual bersama Yusuf dan Jenifer di ruang rehat 'Giant Hammock'.

Para pelajar tidak melepaskan peluang berbual bersama Yusuf dan Jenifer di ruang rehat ‘Giant Hammock’.

Tambahnya, majlis perasmian perpustakaan bernilai RM40 juta itu dijangka akan diadakan bersama dengan pelancaran Kempen Membaca 2019 oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal, pada 23 April ini.

Perpustakaan Cawangan Tanjung Aru mampu menerima seribu pengunjung dalam satu masa dan beroperasi pada setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti membina robot di Pameran Petronas.

Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti membina robot di Pameran Petronas.

Turut hadir, Pembantu-pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Mohammad Mohamarin, Jennifer Lasimbang dan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Wong Vui Yin.

EM

Tinggalkan komen anda