Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Seminar Nilai-nilai Murni Mampu Pengaruhi Kualiti Perkhidmatan Organisasi

By 8 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU. 8 Apr (Malaysiaaktif) – Warga Hospital Queen Elizabeth (HQE) diseru terus mempergiat penganjuran program ke arah penerapan nilai-nilai murni.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan HQE, Jasnawati Jasmin berkata, program tersebut mampu mempengaruhi mutu perkhidmatan yang positif kepada organisasi.

Antara peserta bagi kategori Hafazan tahap 1 yang memperdengarkan bacaan dan menarik perhatian hadirin.

Antara peserta bagi kategori Hafazan tahap 1 yang memperdengarkan bacaan dan menarik perhatian hadirin.

Menurut Jasnawati, penganjuran seminar yang menjurus arah kebaikan dan tuntutan agama bukan sahaja mampu membentuk individu berpegang teguh kepada ajaran agama, sebaliknya turut mempengaruhi rasa cinta pada organisasi dan membentuk kualiti perkhidmatan yang membanggakan.

Beliau berkata demikan ketika merasmikan Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni Peringkat HQE anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS), Cawangan HQE di sini, pada Sabtu.

Johan Qariah .. Jasmawati ketika menyampaikan Hadiah dan sijil kepada Dr. Nor Haizura Abd. Rani.

Jasmawati ketika menyampaikan Hadiah dan sijil kepada johan Qariah, Dr. Nor Haizura Abd. Rani.

“Program ini sudah pasti mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan kita bukan sahaja sebagai penjawat awam atau anggota organisasi kerajaan malah selaku masyarakat dan ummah.

“Pihak hospital melalui PERKIPS sentiasa digalak untuk terus aktif menganjurkan program keilmuan di kalangan warganya di samping berusaha untuk bersama-sama melibatkan ahli keluarga agar mesej kerohanian dalam membentuk insan berakhlak murni akan lebih menyeluruh” jelas beliau.

Jasnawati ketika menerima cenderakenangan daripada Dr. ShahIskandar.

Jasnawati ketika menerima cenderakenangan daripada Dr. Shah Iskandar.

Seminar yang bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ antara lain bertujuan menyemarakkan dan menyemai rasa cinta warga HQE pada organisasi disamping menjana mentaliti terpuji dalam jiwa kalangan warganya.

Program sehari tersebut turut diserikan dengan pertandingan nasyid dan tilawah Al-Quran melibatkan bahagian, jabatan dan unit serta pertandingan hafazan dan pertandingan bercerita sirah nabi bagi kategori kanak-kanak.

Kumpulan Nasyid AZ Kayra dan kumpulan Nasyid Al Humaidi merakamkan gambar bersama sejurus menyampaikan persembahan masing-masing.

Kumpulan Nasyid AZ Kayra dan kumpulan Nasyid Al Humaidi merakamkan gambar bersama sejurus menyampaikan persembahan masing-masing.

Hadir sama Ketua Jabatan Rehabilitasi selaku Pengerusi PERKIPS, Dr. ShahIskandar Sybil Syah, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan Hospital.

EM

Tinggalkan komen anda