Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Sik Bakal Dikenali Pusat Agro Pelancongan

By 3 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Kawasan Batu Seketul akan dibangunkan sebagai lokasi agro pelancongan di daerah ini, di samping berharap untuk menjadikan Sik sebagai sebuah daerah yang mengeluarkan produk asas tani.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah Azman Nasrudin, berkata masih banyak kawasan tanah yang sesuai digunakan bagi tujuan pertanian di daerah ini memandangkan Sik merupakan zon pertanian dan terdapat ribuan hektar kawasan yang terbiar yang boleh diusahakan.

“Industri asas tani semakin berkembang disebabkan permintaan yang tinggi terhadap sektor makanan, justeru tanah-tanah terbiar khususnya di daerah ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi memenuhi permintaan tersebut.

“Hal ini juga secara tidak langsung dapat mengangkat ekonomi masyarakat Melayu agar dapat bersaing dengan kaum-kaum lain,” katanya ketika merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, di sini semalam.

Segmen agro pelancongan ini juga dilihat turut memberi impak kepada ekonomi lain serta turut menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Azman turut menjelaskan kejayaan tanaman padi organik di Kampung Lintang, di sini turut mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Seluas 25 hingga 30 ekar tanah bakal diusahakan dan dibangunkan lagi bagi terus memacu sektor pertanian serta pelancongan di daerah ini,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda