Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pemimpin Masyarakat Dituntut Bekerjasama Basmi Rabies

By 3 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Jaed Tepus (Sarawak)

SAMARAHAN, 3 April (Malaysiaaktif) – Seramai 91 orang yang terdiri daripada Kaunselor, Ketua Kaum,  Ketua Kampung, Penghulu, Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan AJK Masjid dan Surau dari kawasan Pentadbiran Daerah Asajaya dan Sadong Jaya hadir ke program Kesedaran Wabak Rabies Bahagian Samarahan pagi tadi bertempat di Dewan Panca Delima SMK Hajah Laila Taib, Asajaya.

Program anjuran Pejabat Residen dengan kerjasama Pejabat Daerah Asajaya dan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak telah menjemput dua orang penceramah jemputan iaitu Pegawai Epidemologi Bahagian Samarahan,Dr Noor Baizura Hj Jamali dan Pegawai Veterinar Bahagian Samarahan,Parag Kaweh untuk memberi maklumat jelas mengenai wabak rebies.

Dr Noor Baizura ketika menyampaikan penerangan mengenai wabak rabies

Dr Noor Baizura ketika menyampaikan penerangan mengenai wabak rabies

Menurut Dr Noor Baizura Hj Jamali setakat ini terdapat 1,600 orang sudah dikenal pasti digigit anjing dan Kucing di Samarahan dan terdapat 16 orang sudah meninggal dunia daripada 17 kes akibat virus Rabies  menular yang berlaku di Sarawak.

Ketua Kuam dan Kaunselor yang turut hadir dalam taklimat tersebut

Ketua Kuam dan Kaunselor yang turut hadir dalam taklimat tersebut

Seluruh Bahagian Sarawak sudah dikenali pasti mempunyai virus wabak rabies kecuali bahagian Limbang dan apabila terkena Rabies 99 peratus pasti berlaku kematian dan membawa maut,katanya.

Saya menyeru kepada semua Ketua Masyarakat yang hadir pada pagi ini agar menyampaikan maklumat ini kepada anak buah masing-masing agar berwaspada dan mengambil langkah membasi wabak rabies di tempat masing-masing kerana Wabak ini masih wujud dan aktif di Sarawak,jelasnya.

Langkah yang harus diambil adalah kenal pasti pemilik haiwan tersebut, ketahui status vaksinasi anti-Rabies haiwan, pastikan haiwan dikurung dan perhatikan jika berlaku perubahan tingkah laku haiwan tersebut. seterusnya laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika haiwai tersebut mati atau mengalami perubahan tingka laku.

Belia berharap agar orang ramai dapat mengelakan diri daripada menggangu haiwan perliharan mereka ketika ia sedang tidur, makan, bergaduh, sakit atau cedera.

Menurut beliau lagi, pemberian Vaksin ketika ini adalah sangat terhad kerana setiap seorang pesakit yang dijangkiti harus mendapatkan 4 dos suntikan dengan harga 1 dos RM400.00

Barisan Tetamu Kehormat, Rais Ahmat (tengah), Latip Shamsuddin (dua kanan), Hajijah Mohta (kanan),Parag (dua dari kiri) dan Noor Baizura (kiri)

Barisan Tetamu Kehormat, Rais Ahmat (tengah), Latip Shamsuddin (dua kanan), Hajijah Mohta (kanan),Parag (dua dari kiri) dan Noor Baizura (kiri)

Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat memberitahu bahawa operasi pembasmian dan memindahkan anjing  akan bermula pada 10 hingga 14 April ini bagi kawasan Asajaya dan Sadongjaya dan beliau memohon kerjasama dari semua pihak JawantanKuasa Kemajuan Kampung agar dapat menyertai program pembasmian tersebut, Seramai 350 orang akan bertugas dalam Program ini yang melibatkan dari pelbagai agensi dan dibahagikan dalam 22 pasukan,jelasnya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Samarahan,Abdul Latip Shamsuddin,Wakil Pengetua SMK Hajjah Laila Taib,Puan Hajjah Hajijah Mohta.

Tinggalkan komen anda