Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Transformasi Minda Platform Peluang Pekerjaan

By 30 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz/Rahimah Rafaei (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Program Transformasi Minda mampu dijadikan platform kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan pekerjaan, selain memberi peluang kepada mereka untuk memajukan diri dalam bidang kemahiran kraftangan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran – Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan (Dasar) Dr. Habibah Abdul Rahim, program ini bukan sahaja disertai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Muda, malah turut dibuka kepada pelajar lepasan SPM di sekitar daerah Sentul.

“Bukan sahaja ceramah motivasi malah, temuduga terbuka daripada beberapa agensi terlibat turut diadakan,” katanya semasa merasmikan Program Transformasi Minda Anak Muda Daerah Sentul, di SMK Batu Muda, di sini hari ini.

Menurut Penolong Kanan SMK Batu Muda Zulkarnain Omar, antara agensi yang terlibat dalam melaksanakan temuduga di program ini adalah Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Ramly Malaysia serta Kraftangan Malaysia.

“Melalui program ini kita mampu membuka minda mereka agar melihat peluang dan masa depan mereka dalam skop yang lebih luas bagi menjana pendapatan pada masa hadapan.

“Bukan sahaja melalui konsep makan gaji malah mengusahakan perniagaan sendiri berdasarkan kemahiran yang mereka miliki,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dr. Habibah yang mewakili Menteri Pelajaran dalam program ini turut melawat Pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah berkenaan dan pertunjukan robotik bersama Telekom Malaysia (TM).

-SH

Tinggalkan komen anda