Skip to main content
HomeJohor

Wanita Hebat Pemangkin Kejayaan Sejagat

By 30 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Ezzaty Razimi/Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 30 Apr (MalaysiaAktif) – ‘Di sebalik kejayaan seorang lelaki berdirinya seorang wanita dibelakangnya’. Itulah kata-kata perumpamaan yang sering kita dengar mengenai wanita. Wanita diibaratkan pendorong kejayaan bagi seorang lelaki tidak kira sebagai seorang ibu, isteri, kakak mahupun adik.

Diakui wanita berperanan penting dalam menggerakkan sesuatu perkara. Peranan wanita pada hari ini tidak perlu disangkal lagi tidak kira dari segi sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.

‘Seimbang Untuk Sejahtera’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Wanita Sedunia 2019 Mac lalu dipilih bagi meraikan wanita-wanita di seluruh dunia yang menjadi tunggak dalam pembentukan keluarga yang harmoni serta menjadi pemangkin terhadap kemajuan dan kejayaan negara.

Nila Armila Mukdan ketika menyampaikan ucapan perasmian

Nila Armila Mukdan ketika menyampaikan ucapan perasmian

Persatuan Kebajikan Wanita Prihatin Muar telah mengambil inisiatif dalam meraikan serta memperingati jasa-jasa seorang wanita baru-baru ini dalam sebuah program Karnival Cergas, Ceria Bersamamu Wanita 2019.

Pelbagai acara menarik turut diadakan, antaranya slot Wanita di Hati melalui ceramah motivasi bertajuk ‘Menjemput Bahagia’ dan ‘Stop it Survive’ disampaikan oleh Pengasas eHati serta Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, Diyana Tahir.

Menurut Zaidah Mustafa, 45, program seperti ini patut diperbanyakkan lagi bagi golongan wanita kerana dengan adanya program seperti ini dapat menyatupadukan kaum wanita tidak kira usia, bangsa atau pegangan politik.

Orang ramai yang hadir

Orang ramai yang hadir

“Saya berpendapat apabila kita saling bertukar pandangan mengenai sesuatu perkara, ini akan menjadikan ukhuwah lebih utuh biar pun baru sahaja saling mengenali antara satu sama lain.

Sementara itu, menurut Asmah Omar, 50, Sebagai penambahbaikan, program yang mendapat sambutan yang menggalakan seperti ini perlu dilaksanakan di lokasi yg lebih besar dan luas untuk keselesaan semua pihak, selain lebih banyak peluang dapat diberikan kepada jabatan dan agensi kerajaan serta Badan Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta.

“Program ini diharapkan dapat mencapai objektif sebagai platform wanita setempat untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan status.

Peserta menghias kek cawan

Peserta menghias kek cawan

Dalam pada itu, isteri Menteri Besar Johor, Nila Armila Mukdan berkata dalam ucapan perasmiannya bahawa wanita adalah tunggak kemajuan dan pembangunan masyarakat.

“Saya menyeru agar golongan wanita bangkit dan sentiasa proaktif dalam memainkan peranan mengikut bidang dan kemampuan masing – masing,” ujarnya.

Bengkel solekan turut diadakan

Bengkel solekan turut diadakan

Hadir sama, ketua-ketua wanita jabatan dan agensi serta badan NGO di daerah Muar.

EM

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda