Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

TYT Hadir Majlis Jamuan Negeri Sempena Pembukaan Rasmi Sidang DUN

By 30 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Saiful (Sarawak)

KUCHING, 30 April (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menghadiri majlis Jamuan negeri sempena pembukaan Mesyuarat Pertama penggal keempat Dewan ke-18 Undangan Negeri diadakan di Dewan Perjamuan Kompleks DUN di Petra Jaya di sini, malam tadi.

Ketibaan Tun Taib dan Isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad di sambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

62552163-623c-4e1b-a344-de2972856aac
Tetamu yang hadir di sajikan persembahan dari Sarawak Pop Jazz Okestra bersama Artis Tari Majlis Seni Sarawak, Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, serta persembahan hiburan dari barisan penyayi jemputan khas yang terdiri daripada Max Kueh, Bob Yusuf(AF), Firdaus Misran (P. Ramlee Sabah), Nor Hijrah, Erni dan Fairuz.

Tun Taib dan Toh Puan Raghad Kurdi bergambar kenangan bersama Menteri-menteri dan Dif-dif kenamaan semasa majlis Jamuan Negeri

Tun Taib dan Toh Puan Raghad Kurdi bergambar kenangan bersama Menteri-menteri dan Dif-dif kenamaan semasa majlis Jamuan Negeri

Di samping itu,turut disajikan tayangan video khas 150 tahun Dewan Undangan Negeri Sarawakdengan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2017 hingga 2018.

Lebih Lima ratus orang tetamu hadir termasuk Menteri-Menteri dan Dif-Dif Kenamaan serta isteri/suami masing-masing dan ahli parlimen, dewan undangan negeri dan lain-lain kenamaan.meraikan majlis Jamuan Negeri tersebut.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan Datuk Amar Jumaa’ni Tun Tuanku Bujang.

Tinggalkan komen anda