Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Wabak HFMD di Sekolah Pahang Turun

By 30 April 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Pai Syahira Yahya

KUANTAN, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Trend penurunan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan sebanyak 17 kes berbanding 300 kes pada tahun lalu di sekolah sekitar Pahang sehingga April tahun ini.

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Mohd Raauf Jali berkata,”Penurunan ini disebabkan peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah menerusi kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dalam memupuk dan menyokong budaya membersih tangan sekali gus dapat membasmi penyakit ini.”

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pengiktirafan ‘Malaysia Books of Record’ murid teramai membersihkan tangan secara serentak dengan hand Sanitizer di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang.

Murid tahun satu SK Bunut Rendang mendemonstrasi tujuh langkah mencuci tangan dengan betul diperhatikan oleh guru-guru.

Murid tahun satu SK Bunut Rendang mendemonstrasi tujuh langkah mencuci tangan dengan betul diperhatikan oleh guru-guru.

Rekod pelajar mencuci tangan paling ramai menggunakan pembasmi kuman ini melibatkan seramai 537 buah sekolah di sekolah di seluruh Pahang dan empat buah sekolah mengikut zon di seluruh negara membabitkan 450,000 murid tahun satu seluruh negara.

Selain itu, pihaknya sudah menjalankan pelbagai langkah dan kaedah demi memastikan kebersihan di sekolah termasuk asrama dan kantin sekolah dalam keadaan bersih selama 24 jam.

Guru Besar SK Bunut Rendang, Rosnaini Mohd Taib berkata, “Program ini mendapat kerjasama daripada Melilea Econind Hand Sanitizer untuk direkodkan dalam ‘Malaysia Books of Record’ melibatkan 150 murid tahun satu SK Bunut Rendang. ”

“Para pelajar didedahkan dengan tujuh langkah membersih tangan yang betul dan aktiviti ini akan dilakukan pada setiap kali waktu rehat sebelum makan di kantin,” tambahnya.

Menurutnya juga, program ini dapat memberi pendedahan kepada murid untuk menjaga kebersihan dan dapat menerapkan budaya ini menjadi amalan harian di rumah.

 

-KN

Tinggalkan komen anda