Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Dr Mahathir, Isteri Ucap Selamat Menyambut Hari Wesak

By 19 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada rakyat Malaysia yang beragama Buddha.

“Sekali lagi rakyat Malaysia yang beragama Buddha dapat menyambut Hari Wesak dengan aman dan tenteram. Ini mengingatkan kita semua sebagai rakyat Malaysia, betapa beruntungnya kita dapat hidup aman damai di dalam kepelbagaian kita.

“Saya dan isteri ucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak,” kata beliau menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi @chedetofficial.

Hari Wesak yang disambut hari ini adalah bagi menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya.

Ia merupakan antara festival paling meriah, dengan perarakan kereta berhias yang diserikan dengan hiasan dan bunga-bungaan berwarna-warni. — BERNAMA

Tinggalkan komen anda