Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kembara Sahur Santuni Angota Keselamatan

By 19 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS, 19┬áMei┬á(Malaysiaaktif)┬á– Sempena dengan Karnival Mahabbah di Bertam Kioks yang diadakan setiap kali bulan ramadhan, Pusat Khidmat Adun Bertam, YB Khalib Mehtab telah mengambil peluang ini untuk mengadakan satu Program Kembara Singgah Sahur melawat ke agensi-agensi jabatan kerajaaan di kawasan sekitar sini.┬áMatlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengagihkan juadah bersahur bagi menghargai sumbangan dan jasa petugas-petugas kepada masyarakat terutamanya anggota keselamatan.

Tujuh lokasi yang telah dikenal pasti diantaranya adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara, Hospital Kepala Batas, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Balai Polis Traffik Kepala Batas, Balai Polis Teluk Air Tawar dan Balai Polis Penaga 2 dan lokasi terakhir adalah Madrasah Tahfiz Al Quran Raudhatul Ulum Bagan Belat untuk bersahur bersama-sama dengan pelajar Tahfiz.

Ucapan Pelancaran Kembara Sahur oleh Adun Bertam, YB  Khalib Mehtab

Ucapan Pelancaran Kembara Sahur oleh Adun Bertam, YB Khalib Mehtab

Turut bersama dalam program ini adalah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Hj Noorzainy Mohd Noor, Pegawai Penerangan Daerah Seberang Prai Utara, Puan Nurazreen Abd Rahman, Pegawai Penerangan Daerah SPU, Timbalan Pengarah Food Bank, Encik Shamir Sulaiman dan 60 orang sukarelawan yang terdiri daripada belia-belia turut bersama menyertai konvoi singgah sahur ini.

Menurut Timbalan Pengarah Food Bank, Encik Shamir Sulaiman,”Matlamat Food Bank ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan manafaat kepada mereka yang memerlukan dan dapat mengurangkan pembaziran makanan dengan adanya kerjasama pasar raya terkemuka seperti Tesco dan lain-lain lagi.┬áMenurutnya lagi Negeri Pulau Pinang di bawah nama Mutiara Food Bank ┬ámerupakan projek perintis yang pertama yang telah bermula dari 1 Mei 2017 yang turut mendapat sokongan daripada kerajaan dalam membantu rakyat.

Gimik pelancaran dilakukan oleh Adun Bertam, YB Khaliq Mehtab dengan menerima Food Pack yang telah disumbangkan oleh pihak Hotel Seri Malaysia Kepala Batas dan Restoran De Tanjung Kitchen sebanyak 300 pek. Dalam ucapannya beliau mengharapkan melalui program sebegini dapat membantu golongan asnaf dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan dalam meringankan beban kewangan ┬áterutamanya di bulan ramadhan ini, ┬á“Harapan saya semoga program kembara sahur ini juga dapat mengeratkan hubungan sillahtulrahim antara pusat khidmat dengan anggota-anggota keselamatan dan kesihatan yang sentiasa berkorban masa memberi perkhidmatan kepada masyarakat tanpa mengira waktu dalam memastikan ketenteraman dan keselamatan negara sentiasa aman” ujarnya.

Program Kembara Sahur diakhiri dengan bacaan tahlil dan sahur bersama anak-anak tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Quran Raudatul Ulum Bagan Belat

Program Kembara Sahur diakhiri dengan bacaan tahlil dan sahur bersama anak-anak tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Quran Raudatul Ulum Bagan Belat

Pelepasan konvoi kembara singgah sahur dilakukan tepat pada jam 12.00 pagi dari perkarangan pentas Karnival Mahabbah Kepala Batas dengan dibantu oleh anggota Polis Traffik bermotosikal dan kenderaan Polis dalam memastikan kelancaran dan keselamatan semasa program berlangsung. Konvoi berakhir pada jam 2.30pagi di Madrasah Tahfiz Al Quran Raudhatul Ulum, Bagan Belat dengan diadakan acara membaca tahlil dan makan sahur bersama pelajar-pelajar tahfiz.

Tinggalkan komen anda