Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

ABM Santuni Anak Yatim PERYATIM

By 8 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 20 anak yatim dari Lembaga Kebajikan anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) kawasan Sukma Kuching menerima sumbangan berbentuk hamper makanan sempena “Dinner Buffer” warga Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak (ABM), malam tadi.

Acara penyerahan sumbangan barangan berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi ABM, Abdul Rahman Ahmad bertempat di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak, Kuching (CCCS)

Menurut Abdul Rahman, ini adalah kali pertama pihak ABM membuat program seperti ini sambil itu demi untuk mempromosikan ABM kepada masyarakat Sarawak khususnya dan masyarakat Kuching Amnya.

Beliau menjelaskan program ini ialah untuk memperkenalkan Dinner Buffet untuk orang ramai serta sewaan tapak booth di sekitar koridor depan Pusat Konvensyen CIDB Sarawak.

Antara anak yatim dari Lembaga Kebajikan anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) kawasan Sukma Kuching

Antara anak yatim dari Lembaga Kebajikan anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) kawasan Sukma Kuching

Di samping itu, untuk meraikan anak-anak yatim dengan majlis berbuka serta mengeratkan silaturrahim di kalangan warga ABM Sarawak dengan pihak PERYATIM, CIDB Sarawak, pihak kolaborasi dan pembekal ABM Sarawak serta masyarakat setempat.

Antara objektif lain ialah untuk mempromosikan bahawa ABM ada mengadakan Sajian Tradisi sempena bulan Ramadahan dengan bayaran RM55 sahaja bagi orang Dewasa dan RM27 bagi kanak-kanak.

Menurut beliau lagi, penyedia utama makanan pada masa tersebut adalah terdiri dari syarikat Mawar 10 Sdn.Bhd, Fatimah Mail Enterprise, Syarikat Danial Aiman (Mekar Catering), Syarikat NK Bol Group Sdn. Bhd, F.B.J. Services & Catering dan Abrar Utama Sdn. Bhd.

Antara kemudahan lain yang disediakan seperti tempat letak kereta yang luas dan selamat, Ruang solat disediakan dan Zon drop off, ujarnya.

Menurut beliau lagi, Pusat Konvensyen CIDB Sarawak terdapat pakej sewaan Fasiliti, antara kemudahannya ialah Dewan Utama dengan kapasiti mautan seramai 800 hingga 1000 orang, bilik serbaguna yang boleh memutakan 50 hingga 150 orang pada satu-satu masa, selain itu kemudahan penginapan dan kemudahan sukan juga disediakan disini dan di buka untuk tempahan orang ramai sama ada acara rasmi atau majlis kahwin.

Antara yang hadir, angota CIDB Sarawak, Petrosar Academy, MIWT Global Resources, pembekal-pembekal ABM Sarawak

Tinggalkan komen anda