Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

MoU JAS dan Bintulu Port Holdings; Pupuk Kesedaran Alam Sekitar

By 8 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 8 Mei (Malaysiaaktif)  – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Kementerian Tenaga, Sains, Tenologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim telah menendatangani memorandum Persefahaman (MoU) bagi Kerjasama dalam Pelaksanaan program Kesedaran Alam Sekitar antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan Bintulu Port Holdings Berhad,semalam bertempat di Hotel terkemuka Kuching.

Memorandum Persefahaman (MoU) seperti ini pernah diadakan pada tahun 2013 dan hari ini sekali lagi, memerteraikan Memorandum setelah lima (5) tahun lebih berlalu.

Dengan termeterainya perjanjian MoU antara JAS Sarawak dengan Bintulu Port HoldingsBerhad pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 11 organisasi di Negeri Sarawak menandatangai MoU dengan JAS Negeri Sarawak.

MoU ini memfokuskan kepada dua intipati utama iaitu melaksanakan dan mempromosikan aktiviti dan program kesedaran alam sekitar serta melaksanakan, menggalakkan dan meningkatkan penyertaan keahlian dalam program Rakan Alam Sekitar.

Penyerahan MoU antara Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Amirul (dua kanan) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, Dato Mohammad Medan Abdullah

Penyerahan MoU antara Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Amirul (dua kanan) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, Dato Mohammad Medan Abdullah

Ia berfungsi sebagai suatu penyataan persefahaman dan hasrat untuk bekerjasama antara satu sama lain di mana pihak-pihak yang menandatangani MoU ini tidak terikat kepada apa-apa tanggungan atau liabiliti secara perundangan.

Pada setiap tahun, Bintulu Port Holdings Berhad telah menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan program alam sekitar di mana ia merangkumi program latihan, kesedaran, operasi dan juga aktiviti yang melibatkan perihal alam sekitar.

Antara program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Bintulu Port Holding Berhad adalah kerjasama dengan Lembaga Pelabuhan Bintulu untuk mewujudkan satu (1) blueprint yang dikenali sebagai Smart Digital Green Port yang bermatlamat mewujudkan menjadi Bintulu Port sebagai sebuah pelabuhan yang “Zero Carbon” menjelang tahun 2030. Ia sekaligus akan menjadikan Bintulu Port sebagai pelabuhan pertama di Asia Tenggara yang mencapai tahap “Zero Carbon Port”

Bintulu Port Holdings Berhad juga menganjurkan Workshop Housekeeping Campaign, pada suku tahun dan merupakan inisiatif syarikat untuk memastikan keadaan bengkel serta tempat kerja sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pencemaran udara dan air juga sentiasa dipantau pada setiap masa oleh pihak yang telah dilantik oleh syarikat. Pada setiap suku tahun program Enviromental Monitoring akan dijalankan di pelbagai tempat yang dikenal pasti sebagai tempat berpotensi yang boleh menakibatkan pencemaran.

Memeorandum Persefahaman yang dimeterai pada hari ini adalah tanda sokongan padu dan tidak berbelah bagi Bintulu Port Holdings Berhad terhadap usaha pihak Kerajaan dalam merealisasikan matlamat negera iaitu menjadi yang penuh dengan keindahan alam flora dan ia akan dinikmati oleh generasi pada masa akan datang kepada semua pihak.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holding Berhad, Dato Mohammad Medan Abdullah,Controller, Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Justin Jok Jau Emang, Ketua-ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn. Bhd dan Samalaju Industrial Port Sdn. Bhd.

Tinggalkan komen anda