Skip to main content
Berita TempatanSelangor

ADUN Guna Pacuan Empat Roda Angkut Air

By 12 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / Foto: A.Prabagaran (Klang)

KLANG, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Demi mengurangkan beban rakyat akibat bekalan air terputus, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunarai George mengambil inisiatif sendiri memunggah air menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Beliau yang ditemui berkata inisiatif tersebut sebagai usaha pihaknya bagi meringankan beban penduduk yang terjejas setelah bekalan air di beberapa kawasan masih belum pulih sepenuhnya akibat paip pecah sejak Ahad lalu.

“Saya menggerakkan jentera terdiri sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam DUN Sentosa mengedarkan bekalan air ke kawasan perumahan yang mengalami gangguan bekalan air.

“Sebanyak 10 kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk menghantar air ke lokasi supaya orang ramai mendapat bekalan lebih pantas.

Antara kenderaan Pacuaan empat Roda yang digunakan untuk mengagihkan air

Antara kenderaan Pacuaan empat Roda yang digunakan untuk mengagihkan air

“Penggunaan kenderaan ini juga memudahkan sukarelawan menghantar di pelbagai kawasan pada satu masa,” katanya.

Menurut beliau, Misi Bantuan Air DUN Sentosa dilancarkan EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim, Rabu lalu.

“Gangguan air yang bermula Ahad lepas berterusan selama lima hari, di mana kawasan perumahan yang mengandungi rumah teres, pangsapuri dan apartment di DUN ini turut terlibat dalam krisis air ini,” jelasnya.

Sejak Sabtu lepas, masalah gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Klang berlaku susulan tiga paip utama pecah berhampiran projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping menjejaskan 65 kawasan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda