Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Cadangan Tubuh MMC Bukan Untuk Sekat Media – Eddin

By 17 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

KUALA PILAH, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Cadangan menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMC) bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan media di negara ini.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata ia bertujuan menyediakan garis panduan yang jelas kepada pengamal media.

“Disamping kita amalkan kebebasan media dan kita juga mengimbangi kestabilan politik dan juga kebaikan kepada rakyat.

“Ini supaya negara tidak terjejas dengan perkara-perkara yang tidak bertanggungjawab seperti penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan hubungan baik rakyat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di bazar Ramadan di sini.

Sementara itu, diminta mengulas prestasi semua agensi dibawah kementerian sepanjang setahun dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Eddin Syazlee berkata beliau setakat ini berpuas hati.

“Walaupun ada beberapa kelemahan yang dikenalpasti, saya percaya dalam penghujung setahun (pentadbiran PH 9 Mei lepas) saya lihat kesungguhan dan keikhlasan semua agensi bawah KKMM untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menterjemah hasrat kerajaan.

“Ini satu perkara yang positif walaupun kita menerima teguran, kita terima secara terbuka dan Insya-Allah saya yakin dalam tempoh terdekat ini kita akan cuba perbaiki dan masih ada ruang yang boleh diisi untui kita perbetulkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Eddin Syazlee turut menyertai kira-kira 200 jemaah Masjid Kariah Kampung Parit di sini dalam majlis berbuka puasa.

Beliau kemudian menyampaikan sumbangan kepada 20 penerima asnaf daripada sekitar kampung berkenaan pada majlis itu. Ia merupakan

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda