Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Iftar Ala Madinah Mendapat Sambutan  Menggalakkan

By 21 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Berbuka puasa bersama ahli keluarga serta rakan dan taulan menjadi salah satu pengisian bagi Program Berbuka Puasa ‘Iftar Ala Madinah’ dan Sembang Sahur 2019 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam kelmarin.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan, program ini merupakan julung-julung kali diadakan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena bulan Ramadan ini dan menjadikan MBSA yang pertama dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menganjurkan acara sebegini.

“Program ini merupakan sebahagian daripada hari tanpa kenderaan edisi Ramadan dan kali ini kita lihat ia mendapat sambutan memberansangkan daripada warga Shah Alam khususnya dan juga sekitar kawasan ini,” kata Rashidi ketika ditemui media.

Tambah beliau lagi, “program ini telah dijayakan dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pada majlis kali ini MBSA turut menyediakan sebanyak 1,200 bungkus juadah iftar manakala JAIS telah menyumbang sebanyak 800 bungkusan secara percuma dan antara menunya adalah nasi arab, kurma, kuih-muih dan buah-buahan kepada pengunjung yang datang bersama-sama berbuka puasa”.

Beliau berharap menerusi program sebegini dapat meningkatkan penghayatan ibadah di bulan Ramadan kali ini kepada masyarakat khususnya golongan generasi muda pada masa kini.

“Program ini merupakan salah satu platform MBSA untuk menyampaikan maklumat dan pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan bulan Ramadan itu sendiri,” ujar beliau.

Seramai lebih 1,000 orang pengunjung telah hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa pada kali ini. Turut diadakan Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah dan juga Solat Terawih berjemaah.

-NAZ

Tinggalkan komen anda