Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurMATerengganu

Jabatan Penerangan Terengganu Agih 2,000 Bekas Bubur Lambuk

By 29 Mei 2019Mei 30th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Tg. Saipulah Tg. Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Bagi mengimarahkan bulan Ramadan kali ini, Jabatan Penerangan Terengganu mengagihkan 2,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Kampung Wakaf Tengah, Kuala Nerus.

Pengagihan bubur lambuk mendapat sambutan menggalakkan dan sememangnya dinantikan setiap kali menjelang Ramadan di samping bahan-bahan penerbitan jabatan mengenai dasar dan program pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan turut diedarkan.

Pengagihan barang keperluan harian Program Ziarah Kasih

Pengagihan barang keperluan harian Program Ziarah Kasih

Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Azhar Ismail berkata program Sepakat Komuniti, MalaysiaKu HarapanKu merupakan ‘engagement’ terus Jabatan Penerangan bersama masyarakat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sekaligus memasarkan maklumat-maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan pada hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid berkata program ini dilihat mampu menyemarakkan hubungan pemimpin bersama masyarakat dan seterusnya mencerminkan keprihatinan kerajaan pada masa ini.

“Saya menaruh keyakinan yang tinggi, setiap program Jabatan Penerangan dijadikan landasan bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat tentang pencapaian dan kejayaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan baharu dalam tempoh setahun pemerintahan khususnya dalam memperkukuhkan perpaduan, keamanan serta membantu meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.

Ismail, 75

Puan Ismail, 75

Sempena musim perayaan yang bakal tiba, Jabatan Penerangan turut mengadakan Program Ziarah Kasih khusus mendekati serta membantu golongan yang kurang bernasib baik serta warga emas semalam.

“Bantuan berupa barang keperluan harian diberikan ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan keluarganya untuk membuat persiapan menjelang aidilfitri tidak lama lagi,” kata Zainida Zainal, 44.

Seorang lagi penerima, Ismail, 75, melahirkan rasa syukur atas sumbangan yang diberikan dan ia dapat membantu meringankan beban untuk membuat persiapan hari raya nanti.

Zainida Zainal, 44

Zainida Zainal, 44

“Saya berterima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan kerana mereka prihatin terhadap kesusahan kami dan sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan harian,” ujarnya.

EM

Tinggalkan komen anda