Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Golongan Asnaf Parlimen Kluang Terus Disantuni

By 29 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Menjelang sepuluh hari terakhir Ramadan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kluang meneruskan usaha membantu golongan yang memerlukan terutama dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Seramai 150 orang asnaf dipilih sebagai penerima bantuan berbentuk barangan keperluan harian dalam Program Menyantuni Asnaf Parlimen Kluang dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor, yang diadakan di Dewan Kampung Melayu, di sini, semalam.

Salah seorang penerima bantuan dalam Program Menyantuni Asnaf Parlimen Kluang

Salah seorang penerima bantuan dalam Program Menyantuni Asnaf Parlimen Kluang

Menurut Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, adalah menjadi agenda utama beliau selaku Ahli Parlimen Kluang untuk memastikan bahawa di Negeri Johor ini, semangat perpaduan terus dipupuk dan diimplimentasikan agar semangat hormat-menghormati dapat dijalin dan mampu menjadikan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama ini hidup dalam keadaan harmoni.

“Melalui program yang dilaksanakan, kita sedar ada pepatah yang mengatakan, tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Walaubagaimanapun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, apabila kita mampu mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap kerajaan, ini bermakna sesebuah kerajaan itu berjaya meningkatkan taraf ekonomi rakyatnya dan inilah iltizam saya selaku Ahli Parlimen untuk berusaha agar nasib rakyat terus terbela,” ujarnya lagi.

Wong Shu Qi bergambar bersama sebahagian penerima bantuan

Wong Shu Qi bergambar bersama sebahagian penerima bantuan

Beliau turut berharap agar penerima bantuan ini dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan kesusahan seterusnya membantu pula menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di kemudian hari.

Turut hadir dalam program ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mahkota, Muhamad Said Jonit dan wakil rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor, Muhammad Khaidir Hanizan.

EM

Tinggalkan komen anda