Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Tuna Skate Plaza Fasiliti Terbaru Pengemar Sukan Skateboarding

By 5 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Sukan lasak Papan luncur (skateboarding) dan BMX telah mula menapak di sekitar Seberang Jaya sejak pertengahan tahun 90an. Ia menjadi tumpuan para pengemar sukan lasak untuk berkumpul, beriadah dan berlatih kemahiran-kemahiran skateboard dan BMX yang baru.

Antara lokasi pertama yang dikenalpasti adalah di tapak asal Tuna Skate Plaza. Ia lebih dikenali sebagai Taman Trek 8 dalam kalangan penduduk disekitar Seberang Jaya.

Perasmian Pembukaan Tuna Skate Plaza @ Seberang Jaya

Perasmian Pembukaan Tuna Skate Plaza @ Seberang Jaya

Antara bakat-bakat baru dan mula menempa nama peringkat kebangsaan adalah Zaki Zakaria, Razie@AG, Amin Hafiz, Wan D dan ayiem Flatland

Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali dengan nama Pa’ Din, 43 merupakan antara pemain skateboard yang dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi peringkat antarabangsa. Beliau juga digelar sebagai Lagenda Skate Board Malaysia,  turut bersama-sama bermain skateboard di sekitar Seberang Jaya dan Taman Permainan di Tuna, Seberang Jaya.

Ucapan Perasmian oleh YB Dr Afif Bahardin, Exco Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Seberang Jaya.

Ucapan Perasmian oleh YB Dr Afif Bahardin, Exco Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Seberang Jaya.

Beliau hadir untuk memberi tunjuk ajar dan semangat kepada generasi-generasi baru untuk lebih fokus dalam sukan lasak ini.

Menurut Ahmad Fadzil, usaha pembinaan Tuna Skate Plaza ini adalah idea daripada penduduk Seberang Jaya, dan telah dipanjangkan kepada YB Dr Afif Bahardin yang telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan dan peruntukan daripada pihak MPSP. Semoga usaha ini dihargai dan  lebih banyak atlet-atlet sukan lasak; skateboard dan BMX lahir dari Seberang Jaya.

Dalam ucapan perasmian Tuna Skate Plaza @ Seberang Jaya,  EXCO Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Seberang Jaya; YB Dr Afif Bahardin berkata, diharapkan tempat ini digunakan sebaik mungkin demi pengembangan bakat sukan lasak dalam kalangan belia Seberang Jaya. Belia-belia sekitar Seberang Jaya khususnya Jalan Tuna disarankan untuk terus memeriahkan Tuna Skate Plaza dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian, aktiviti graviti dan kejohanan-kejohanan sukan exreme. Hentikan aktiviti yang tidak berfaedah demi pembangunan Seberang Jaya.

Bersama pemenang-pemenang pertandingan skateboard yang berlangsung di Tuna Skate Plaza@Seberang Jaya.

Bersama pemenang-pemenang pertandingan skateboard yang berlangsung di Tuna Skate Plaza@Seberang Jaya.

Menariknya, Tuna Skate Plaza ini bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat Melayu yang meminati sukan Skateboard dan BMX tetapi juga belia bangsa Cina dan India.

Lokasi yang sesuai, iaitu berdekatan dengan flat sekitar Jalan Tuna, memudahkan peminat sukan tersebut berkumpul dan berlatih bersama-sama.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai; Ir Puan Hajjah Rosnani Binti Hj Mahmod serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Tuna Skate Plaza @ Seberang Jaya ini.

Tinggalkan komen anda