Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

Kariah Masjid Kg. Bharu Teruja Rasa Air Tangan Permaisuri Agong

By 18 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Herman Hj Hamid (Titiwangsa)

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Jamek Kampung (Kg.) Bharu, di sini hari ini.

Program bubur lambuk perdana yang dihadiri lebih kurang 500 orang ini merupakan amalan tradisi pada bulan Ramadan bagi masjid-masjid di Wilayah Persekutuan (WPKL) dan Putrajaya terutamanya Masjid Kg. Bharu.

Walaubagaimanapun, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil inisiatif menggabungkan kesemua 70 masjid di WPKL dan Putrajaya untuk memasak bubur lambuk bersama DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Di tambah lagi dengan kesudian Tunku Raja Permaisuri Agong mencemar duli memasak bubur lambuk Johor dan Pahang hasil dari air tangan Tunku sendiri.

Sifat Tunku Permaisuri Agong yang peramah dan bersahaja telah menceriakan segenap lapisan masyarakat di program bubur lambuk perdana ini.

Penganjuran program ini merupakan kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), JAWI, masjid masjid  sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pusat Pungutan Zakat (PPZ) serta agensi agensi kerajaan yang lain termasuk Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jalinan rangkaian strategik ini menyerlahkan fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat peribadatan semata-mata, malah di perluaskan skopnya supaya dilihat sebagai pusat penyatuan ummah dan aktiviti kemasyarakatan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun dan Pengarah JAWI Mohd Ajib Ismail.

-SH

Tinggalkan komen anda