Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Keganasan Rumah Tangga; Wanita Perlu Tampil, Lapor Jika Jadi Mangsa

By 4 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Norhasliza Hamzah/Ahmad Najahal Hafriz Zulkifli (Segamat)

SEGAMAT, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 5,421 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di seluruh negara tahun lepas, dengan 3,947 daripadanya melibatkan kaum wanita sebagai mangsa.

Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail berkata kaum wanita lebih terdedah kepada keganasan berbanding kaum lelaki walaupun segelintir daripada mereka juga menjadi mangsa kepada keganasan wanita tetapi nisbahnya terlalu kecil dan kesan tindakan tersebut terhadap mereka adalah sedikit.

“Tetapi janganlah keganasan kepada lelaki ini bertambah, yang sedikit patutnya tidak ada dan yang ada pada wanita perlu dikurangkan.

Stop Violence Against Women anjuran YPKDT dan IPD Segamat bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi semua pihak.

Stop Violence Against Women anjuran YPKDT dan IPD Segamat bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi semua pihak.

“Kita jangan pandang enteng terhadap penderaan pada wanita, saya sebagai pemimpin di Parlimen Sekijang dan pemimpin wanita, saya tidak ada kompromi sekiranya berlaku (penderaan) pada mana-mana wanita dan perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut akta yang ada dan hukuman yang telah disediakan,” tegasnya.

Katanya lagi, sikap mangsa yang tidak berani membuat laporan polis kerana perasaan malu serta bimbang ia akan menjejaskan kerukunan rumah tangga menyumbang berlaku keganasan terhadap mereka. Wanita perlu beranikan diri tampil kerana banyak pihak akan membantu mereka.

Natrah berkata demikian semasa merasmikan Program Stop It, Survive (S.I.S) dan Peringatan Hari Polis Ke-212 Daerah Segamat 2019 sempena Kempen Menangani Jenayah Dan Keganasan Terhadap Wanita di Dewan Serbaguna Segamat, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail merasmikan Program Stop It, Survive (S.I.S) dan Peringkatan Hari Polis Ke-212 Daerah Segamat 2019 sempena Kempen Menangani Jenayah Dan Keganasan Terhadap Wanita sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, DSP Noor Ariffin Mohamad Nasir dan wakil rasmi Ketua Pegawai YPKDT, Siti Faizah Noor Sabudin.

Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail (tengah) merasmikan Program Stop It, Survive (S.I.S) dan Peringkatan Hari Polis Ke-212 Daerah Segamat 2019 sempena Kempen Menangani Jenayah Dan Keganasan Terhadap Wanita sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, DSP Noor Ariffin Mohamad Nasir (kiri) dan wakil rasmi Ketua Pegawai YPKDT, Siti Faizah Noor Sabudin (kanan).

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Segamat, DSP Noor Ariffin Mohamad Nasir dan wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), Siti Faizah Noor Sabudin.

Menurut Siti Faizah, program sebegini merupakan program kali ketiga penganjurannya di peringkat daerah oleh YPKDT selepas daerah Mersing dan Tangkak.

“Fungsi YPKDT bukan sahaja menyalurkan maklumat, bahkan memberi kesedaran serta menyebar luas kempen ini dengan menjalankan kerjasama dengan jabatan-jabatan berkaitan seperti jabatan di bawah Kementerian Wanita; Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hospital.

Gambar 4 : Forum Jenayah Keganasan Terhadap Wanita dengan panel dari IPD Segamat, JKM Johor dan mangsa keganasan jenayah.

“Selain itu, YPKDT juga menyediakan perkhidmatan kaunseling oleh Unit Kaunseling dan Motivasi dan boleh juga didapati secara maya melalui sistem e-Kaunseling bagi memudahkan mangsa untuk mendapatkan khidmat nasihat di atas masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Tadbir YPKDT Daerah Segamat, Nuramila Mohd Amil@Aman berkata program anjuran YPKDT Daerah Segamat dengan kerjasama IPD Segamat merupakan program pendedahan kempen jenayah keganasan terhadap wanita dan lelaki terutama mengenai akta perundangan berkaitan dengan keganasan rumah tangga.

“Bagi menjayakan program ini, antara slot perkongsian; mengenai kesan mental dan psikologi terhadap mangsa, motivasi usahawan oleh pengasas Chenta Watie Scarf dan Forum Jenayah Keganasan melibatkan panel dari IPD Segamat, JKM Johor serta perkongsian cerita dari mangsa keganasan rumah tangga itu sendiri,” tambah beliau lagi.

Natrah membuat lawatan di pameran kraftangan KEMAS, turut sama, Pegawai Belia Daerah Segamat, Shashidharan Sivabalan.

Natrah membuat lawatan di pameran kraftangan KEMAS, turut sama, Pegawai Belia Daerah Segamat, Shashidharan Sivabalan.

Selain itu, YPKDT Segamat turut mengadakan Larian Kempen Menangani Jenayah Dan Keganasan Terhadap Wanita, pameran jabatan, jualan produk ibu tunggal dan usahawanita YPKDT, saringan kesihatan serta mengadakan pertandingan seperti masakan puding, mewarna kanak-kanak dan gubahan tuala, dengan penglibatan hampir 700 orang.

EM

Tinggalkan komen anda