Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Rawang Dilanda Ribut, PPS Dibuka

By 4 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / Foto: Noriah Athan (Gombak)

RAWANG, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Taman Kanching Jaya, dibuka sejak malam tadi bagi menempatkan mangsa susulan kejadian ribut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata empat lokaliti terjejas ekoran kejadian sekitar 5 petang, termasuk Taman Jati, Rumah PKNS Batu 17, Taman Setia Batu 16 dan Pangsapuri Rawang Perdana 1.

Menurut beliau, seramai 11 mangsa daripada tiga keluarga mendaftarkan diri di PPS sehingga jam 2 pagi tadi.

“Mangsa bencana telah dibekalkan barangan asas seperti toto, bantal, kit bencana, selimut, tuala, kain batik dan kain pelikat.

“Dijangka jumlah mangsa yang bakal mendaftarkan diri ke PPS akan meningkat menjelang hari ini. Sekurang-kurangnya 200 keluarga terjejas dalam kejadian ribut semalam,” katanya.

Jelasnya, ekoran ribut tersebut, turut terjejas adalah bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak dan tindakan untuk menutup tangki air Blok Cempaka Tun Perak terpaksa dilakukan atas faktor keselamatan.

“Lori tangki air telah dihantar ke lokasi bagi bantuan awal disebabkan kerosakan tangki menyebabkan 130 keluarga menghadapi gangguan bekalan air,” katanya.

Katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong telah ke lokasi terlibat untuk meninjau keadaan dan melihat kerosakan, malam tadi.

-NAZ

Tinggalkan komen anda