Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Kitar Semula Untuk Kelestarian Alam Sekitar

By 8 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas (SMKKB)  telah melancarkan satu program kitar semula yang dikenali sebagai ‘Waste Free School’ atau pun singkatannya WFC. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar dan komuniti setempat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, terutamanya berkaitan dengan proses kitar semula dengan bahan-bahan yang sedia ada dalam kehidupan seharian. Dengan ada 10R tonggak dalam modul WFC iaitu Rethink, Reuse, Refuse, Repair, Regift, Recover,Reduce, Recycle, Renew dan Replant telah mencukupi untuk menjadi sebagai panduan dalam menjayakan juga slogan’Save The Earth’ yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Tuan Shaari Osman telah menandatangai plak perasmian

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Tuan Shaari Osman telah menandatangai plak perasmian

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Puan Hajah Sharifah Hanim Syed Zain berkata,”Program ini amat berfaedah kepada para pelajar dan amat menjimatkan wang kerajaan kerana melalui proses kitar semula ini, barang yang rosak dapat ditukarkan kepada barang yang berfaedah dan berguna  dengan sedikit kaedah pengubahsuaian.” Menurutnya lagi, sekolah SMKKB telah melibatkan dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan kitar semula bermula dari tahun 2009 dan pencapaian terbaik adalah pada tahun 2018 lepas setelah menjadi johan dalam pertandingan kitar semula bagi ketegori kutipan plastik tertinggi yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai(MPSP)dengan kerjasama syarikat swasta F&N.

Landskap yang dihasilkan menggunakan barangan kitar semula

Landskap yang dihasilkan menggunakan barangan kitar semula

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Tuan Shaari Osman telah turun ke SMKKB untuk merasmikan program pada 2 Mei 2019  yang dianjurkan sekolah tersebut dan memberikan sokongan penuh kepada guru dan para pelajar untuk meneruskan program yang telah dianjurkan kerana ianya adalah satu program yang tepat dalam mewujudkan sekolah yang kondusif.Menurutnya di negara luar, teknologi hijau ini telah memberikan impak yang tinggi kepada masyarakatnya  kerana kebanyakkan negara maju telah berjaya mengurangkan pembaziran wang, air, elektrik dan sebagainya.Selain dari itu juga dengan pendekatan program kitar semula akan dapat mengurangkan pembuangan ataupun pembakaran barang yang akhirnya akan menyebabkan masalah alam sekitar dan pencemaran udara tambahnya lagi.

Gambar kenangan bersama perasmi

Gambar kenangan bersama perasmi

Selepas tamat acara perasmian tetamu jemputan dibawa melihat sendiri lanskap di sekolah yang telah dibuat dengan menggunakan bahan bahan kitar semula seperti kerusi, tayar, pintu,katil dan botol-botol plastik.

Tinggalkan komen anda