Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Komunikasi Bersemuka Beri Penjelasan

By 27 Mei 2019Mei 29th, 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 27 Mei (Malaysiaaktif) ā€“ Jabatan Penerangan haruslah memainkan peranan dalam menerangkan dasar-dasar kerajaan yangĀ betulĀ supaya sampai kepada masyarakat selaras dengan visi dan misi penubuhannya.

Demikian kata Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Ibrahim Khan Amanulla Khan ketika ditemui dalam Program Edaran Juadah Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Port Dickson di sini, Jumaat lalu.

Ujarnya lagi, peranan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) amatlah penting dan edaran risalah serta bahan penerbitan yang dilengkapi dengan maklumat tentang sesuatu isu, ianya adalah satu usaha yang baik.

Pegawai Penerangan Daerah, Norhaidah Md. Esa berkata program turun padang pada hari ini merupakan salah satu saluran komunikasi bersemuka Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam dengan lebih dekat dan terperinci.

Anwar Ibrahim mengedarkan juadah berbuka puasa.

Anwar Ibrahim mengedarkan juadah berbuka puasa.

“Di samping mengedarkan juadah berbuka puasa, kita juga menyelitkan maklumat bagi menjelaskan isu yang dekat dengan mereka contohnya fakta Tabung Haji.

“Mekanisme ini mungkin sedikit sebanyak dapat menerangkan kepada mereka fakta sebenar yang harus mereka fahami dan ketahui secara terus daripada agensi yang berperanan,” katanya lagi.

Sementara itu, sebanyak 300 keping murtabakĀ turutĀ diedarkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bazar Ramadan Sunggala Gateway.

Beliau turut sama beramah mesra dan membantu mengedarkan bahan penerbitan JAPEN kepada pengunjung dan peniaga.

Turut hadir, Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor.

Tinggalkan komen anda